Ada brani ???

by - Isnin, Ogos 23, 2010

Takkan nak tayang muka je kan ? Mari kita tunjukkan yang kita sebagai rakyat Malaysia , senantiasa bersatu ! Walaupun berbalah tentang politik , namun demi agama , negara dan bangsa tercinta , jgn sesekali kita benarkan sesiapa menjajah negara kita ! Ayuh !!! Bangkit ! Kita dah terlalu lena dibuai mimpi ! Ingat , satu per satu hak kita akan dirampas sekiranya kita berdiam diri !

Walaupun ramai kata mengibar jalur gemilang tidak membawa apa apa erti sekiranya tiada semangat cintakan tanah air di dalam jiwanya tetapi bagi aku , semangat itu akan wujud sebaik saja memegang bendera Jalur Gemilang !

Adalah suatu yang pelik jika mereka yang memegang kerakyatan MALAYSIA tetapi tidak tahu langsung kemerdekaan yang telah kita kecapi apatah lagi pahit maung ketika berusaha mendapatkannya dari penjajah !

Aku pasti , jauh dilubuk hati kita , kita semua cintakan tanah air kita ! Apa salahnya kita kibarkan jalur gemilang tak kira di mana mana jua kita berada !!! Blog , laman web sosial ( FACEBOOK, FS,MS , Twitter dll ) mahupun di bumbung kereta !

Jangan sampai satu hari nanti kita kehilangan JALUR GEMILANG dan waktu itu , penyesalan tidak berguna lagi .. Ingat , perjuangan terhadap negara adalah perjuangan terhadap bangsa dan agama !

Mari kita kibarkan Jalur Gemilang !!!

BA: Ada sesuatu yang nak disampaikan tapi tak boleh .. hayati keamanan yang kita kecapi sekarang... bernafaslah selagi mampu ... tapi jangan lena ...

You May Also Like

8 comments

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. ben


    ayu pinjam jalur gemilang nun..buat profil FB yer..



    PS: BUKTIKAN KITA ANAK MALAYSIA,,,,,,MERDEKA3X

    BalasPadam
  3. sumer org pon sibuk nak raya..
    takder saper sibuk pasal nak hari kemerdekaan..
    sepatutnya balance..

    BalasPadam
  4. abg ben..nak culik bendera bleh heh??hehhehehe..jgn mare..nti xensem.. ;p

    BalasPadam
  5. Kenapa hanya ramai melayu yg kibar bendera ? bangsa lain x nak kibar walaupun dh bagi free?..bab lain diaorg kata M'sia ni bukan melayu punya.

    BalasPadam
  6. tahun ni kita sambut merdeka raya.. :)

    BalasPadam
  7. Kepada abg ben dan semua blogger harap dpt support kempen 1 Blog 1 Bendera.. Moga2 kita terus bangga dengan negara kita yg tercinta.. kalau nak joint kempen kat sini ok..

    BalasPadam