Bila ikatan terjalin ..

by - Khamis, Ogos 05, 2010

Dunia blog ni tak seindah dirasa sebenarnya .. Manisnya seketika saja jika tidak pandai menjaga. Hakikat ini aku dapat rasakan sejak aku mengenali dunia blog masakan ..

Pertama.. aku terharu bila ada blogger yang aku hanya kenali di internet sanggup menghulur bantuan untuk seseorang yang akan ke tempatnya ( Denmark ) minggu depan.. Menurut .. dia akan ambil dari airport dan dia akan tolong uruskan segalanya .. Wahh.. terharu aku .. Tqq sue.. Tak kenal dan berlainan bangsa .. 1 MALAYSIA weh !

Bayangkan.. hanya kenal tak lama , tapi dah sanggup tolong ? Aku rasa ini adalah disebabkan atas dasar kepercayaan dan persahabatan yang terbina .. Sekarang ni , jika aku nak ke mana mana .. aku rasa aku tak perlu risau .. aku ada ramai kawan maya yang sanggup tolong ..

Kedua .. baru baru ini , aku hanya berkata aku nak ke Tioman lantas seorang blogger yang pangkatnya kakak pada aku terus menghulurkan bantuan tanpa meminta sebarang balasan .. Dari A-Z segalanya diuruskan olehnya .. Aku hanya perlu bawa $$ jer.. hehehe.. termasuk bawa diri la..

Ketiga .. hehe.. kes JOE tu... hahaha.. tu tak yah la aku ungkitkan ...

Keempat dan banyak lagi laa.... bagi aku sebenarnya dunia blogging ni bukan semata mata .. $$ dan trafik jer tapi talian persahabatan dan silaturahhim... seperti aku pernah mengenali dunia chatting sewaktu aku berusia 20 an.. Sungguh meriah waktu tu ..tapi disebabkan wujud PHD , segalanya hancur musnah ..

Ermm... skang ni pon aku dah mula nampak bila dunia blog ni dah terpecah kepada beberapa kategori .. tapi nilah hakikat yang perlu kita terima ... masakan dunia nyata pon boleh terpecah kerana ideologi yang berbeza inikan pula dunia maya .. hehe..

Apa pun , jgn sampai bergaduh dah ... masing masing punya cara dan idea .. ada yg naik dan ada yang turun.. cuma bila dah naik , jangan tak tengok bawah langsung ... ;)

BA: Lepak Alamanda malam nehh.. dengan geng FB ... layan The Last Airbender...

You May Also Like

4 comments

  1. begitu la yg sepatutnya.
    ikatan dan tali persaudaraaan tidak mengira kaum agama bangsa.
    dunia sekarang sukar untuk kt jumpa org sebegini. :)

    BalasPadam
  2. for me, persahabatan tu yg penting..trafik tu, tak kisah sgt laa...:)

    BalasPadam
  3. betul..persahabatan lebih kuat ikatan nya...:))
    sebenarnya dunia blogger mengajar sya bahawa saya tak keseorangan..sama gak dalam duni realiti walupun kita tak punya couple ke..Allah kan owezz ngn kita..:))

    BalasPadam
  4. suka dengan kata2 ni..."jangan jadi teratai. kelangit pun tak sampai, ke tanah pun tak jejak"

    BalasPadam