Bila murid pukul guru ..

by - Rabu, Ogos 04, 2010

Semalam aku ada post satu entri berkenaan video murid pukul guru dan agak panas sedikit pendebatannya lalu aku edit dan simpan komennya.. aku tak nak berpanjang lebar disitu sbb ada salah paham di situ ..

Aku menyalahkan guru guru yang terlibat di situ ( ada 3 guru ) dan bukannya pelajar .. Ada sahabat yang tidak berpuashati kerana pendapat aku itu mengatakan aku tidak ada pengalaman semua itu .. Perlu diingatkan , aku beri pendapat berdasarkan situasi itu .. Jgn dikaitkan dengan cerita cerita lain ..

" Mengalah bukan kalah " bagi aku .. sepatutnya murid itu ditenangkan .. atau guru laki tu beredar dulu.. setelah keadaan tenang , baru dia kembali dan menyoal murid tu..

Siapa yang patut dipersalahkan sebenarnya jika berlakunya kes seperti ini ? Ini pendapat aku dari pelbagai sudut berdasarkan pengalaman aku ... FYI , aku ada pengalaman mengajar selama 2 tahun di sebuah sekolah ..

Ibu bapa ...
Ibu bapakah yang bersalah dalam hal ini ? Kenapa ada ibu bapa pertahankan anak anak mereka ? Yang suka pertahankan anak anak ini , kebanyakkan ibu bapa yang ada sorang dua anak .. Jika mereka ada banyak , aku rasa , mereka tak kisah sangat cikgu nak buat apa pon ..

Nak dapat anak bukan mudah ! Nak jaga dari bayi sehinggalah ke kanak kanak .. Pelbagai ragam dan kerenah .. Bila dah masuk sekolah , senang senang cikgu nak naik tangan semata mata sesuatu perkara yang sepatutnya boleh diselesaikan mengikut kebijaksanaan guru ? Ada ibu bapa berfikiran begini yer buat pengetahuan anda ..

Pengalaman aku sebagai anak : Mak bapak aku , sering marah dan rotan aku jika aku gagal .. apa yang aku rasa ? geram , benci ...tak nak sekolah .. salah sapa ? Nak kata mak bapak tak bagi sokongan moral untuk belajar , diorng dah bagi segalanya ..cakap nak buku apa ? nak tuisyen ? Termasuk la diorng sendiri yang ajar .. semua mak bapak aku dah buat .. tapi aku sendiri ? Sedangkan waktu tu dah besar pon..dah dewasa ... Patutkah aku salahkan mak bapak aku ?

Pengalaman aku sebagai guru : Aku sendiri hampir diugut saman oleh bapak budak tu semata mata aku rotan kat tangan dia kerana tak buat kerja rumah .. Rotan sikit je tuu...

Ibu bapa tu ke pejabat guru besar... Aku dipanggil ... Aku turut dipersalahkan oleh guru besar tu .. sedangkan dia patut pertahankan anak buah dia .. tapi sebaliknya berlaku .. Bermula dari situ , aku tak amik kisah langsung tentang budak tu.. Nak tergolek.. nak menjerit .. lantak la... Sbb aku tau , mak bapak dia bagi tuisyen.. Jadi pendidikan kat sekolah ni sekadar tempat bermain bagi dia ..

Guru guru

Patutkah mereka ini dipersalahkan ? Guru guru di Malaysia , ada pendidikan khas .. mereka dilatih sewaktu di maktab perguruan agar menjadi guru yang mantap .. Tapi guru adalah manusia jugak .. Takkan takde perasaan ? Sama je... setinggi mana pon pendidikan , kadang kadang terikut jugak nafsu .. marah geram .. semua tu bisikan syaitan .. tak boleh nak lari ..

Pengalaman aku sebagai murid : Aku pernah ditampar oleh cikgu matematik aku .. hanya kerana aku bercakap dalam kelas.. aku masih ingat lagi waktu tu aku darjah 3 .. kelas matematik.. tajuk mata wang ... seingat aku , aku bukan menjerit atau bising .. cuma berbisik dengan kawan aku .. Aku dipanggil ke depan dan terus DITAMPAR di pipi aku .. Kesan dari situ ? Aku benci matematik !

Pertama .. ada cikgu tu tanya aku apa yang aku bisikkan ? Kedua .. ada amaran dari dia ? Perlukah dia tampar aku sehinggakan memberi kesan pada pipi aku waktu itu ? Kalau aku beritahu pada ibu bapa aku , aku pulak yang kena marah dan rotan .. YA ! MMG SALAH AKU tapi patutkah aku dihukum kerana perkara sekecil itu ?

Kedua .. sewaktu aku di sekolah menengah .. aku pernah dipanggil oleh guru disiplin .. Tanpa mengetahui punca , aku terus dirotan di tangan .. Aku dituduh bersubahat membawa VIDEO LUCAH !!! Aku tak diberi peluang untuk membela diri terlebih dahulu malah aku dihukum terus .. Bila dah dirotan , baru dia tanya .. aku yang tak tau hujung pangkal , sah sah dah berair bijik mata .. MALU beb ! Dirotan dalam bilik guru yang mana ramai guru ketika itu ..

Selepas tu , aku tanya kawan aku tu ( yang bawak video tu ) .. kenapa babitkan aku ? dia kata kat cikgu tu , aku ni saksi dia yang video tu bukan dia punya .. dia sendiri tak tau video tu dari mana datangnya dan aku ini rakan yang senantiasa bersama dengan dia .. Maksudnya , dia nak aku bagitau cikgu disiplin tu yang mana dia tu seorang budak baik ..

Kesan dari situ ... rasa hormat aku terhadap guru tu hilang ! aku yang gemar bersongkok waktu itu , terus hilang semangat nak bersongkok.. Ini kerana sewaktu aku dirotan tu , aku pakai songkok... aku dipersendakan oleh guru tersebut dengan mengatakan aku berlagak alim tapi ??

Tapi ada seorang guru wanita ... mengajar subjek Sains .. dia gunakan pendekatan psikologi pada aku .. aku tak suka sains ... dia panggil aku ke bilik guru .. dia bagi aku buku latihan sains miliknya .. Terharu aku ... Aku ingatkan dia garang giler .. sewaktu kelas , aku diletakkan di bahagian depan .. dari tak suka sains , aku suka banget sains waktu itu .. D

Pengalaman aku sebagai guru : Hanya segelintir guru yang benar benar ikhlas bab mengajar ni .. Zaman sekarang ini , profesion guru hanya KERJAYA .. bukannya lagi tanggungjawab yang harus dipikul oleh mereka .. Masuk kul 730 pagi.. kul 2 petang balik .. Cukup ..

Sewaktu aku mengajar dulu , aku nampak ada guru ( bukan semua tapi bilangan kecil je ) membahagikan murid ni dua kategori .. pandai dan tidak .. Yang sering jadi perhatian adalah murid pandai .. Bagaimana pula yang tidak ? Dipinggirkan ? Mereka tidak amik kisah sangat murid murid kelas belakang ni .. sebab bagi mereka , mereka dah tak boleh nak diajar ..

Aku , yang menjadi guru kelas murid kelas paling belakang sekali .. mereka ini terdiri dari anak yatim , mak bapak yang bercerai berai dan miskin .. Bayangkan , budak darjah 3 , hidup di bandar ..mencari tin kosong untuk dapatkan duit belanja harian dan juga di beri pada mak dia !

Kelas tu .. ibarat terbiar... hanya guru ganti je yang mengajar kelas tu .. ada jugak la guru tetap tapi apa yang aku nampak bila guru tetap masuk mengajar kelas tu , ala kadar je.. alasan mereka , bukan nak buat kerja pon.. main jer ... buang air liur je... Hurmm..

Bagi aku .. murid kelas belakang ni , sungguh pon mereka bukan pintar ...selayaknya mereka diberi ilmu jugak .. Ajar mereka membaca , mengira ... Beri mereka peluang untuk jadi manusia yang berguna .. Mungkin tidak jadi PM tapi biarlah jadi kakitangan PM .. tu sebagai contoh la..

Ada satu kes , seorang budak ...nakal ... hari hari ada report tentang dia .. gaduh .. buat bising ..tak buat kerja rumah ... sampaikan ada cikgu yang masuk tu tak tahan dengan dia lalu di serahkan pada guru disiplin .. dia dibawa ke kantin .. di sana ada ramai guru lelaki .. ermm... faham faham je la apa yang berlaku .. kebetulan ada guru perempuan .. guru kaunseling .. wat dek jer .. dia sendiri kata dia tak tau nak buat apa dengan diorng tu .. hehe..

Murid murid begini bagi aku .. kalau tak boleh dijadikan emas , jadikanlah gangsa .. kalau tidak pon sekadar papan lapis... berguna jugak nak bina bangunan .. jangan dibiarkan jadi sampah terus ..

Satu perkara yang aku tak gemar ialah 'murid kesayangan ' ... Jika ada murid kesayangan .. haih.. di timang timangnya .. Jika bukan ? Sampaikan seorang ustaz boleh memanggil anak murid yang bukan kegemarannya dengan gelaran .. erm.. tak yah la tulis.. buat sakit jiwa je korang baca ..

Anak / murid

Patutkah anak atau murid tu dipersalahkan ? mereka ini ibarat buluh yang sedang dilentur .. tak kira laa dah sekolah menengah sekali pon , kita masih mampu melentur mereka ... cuma nak atau tidak jer ... jgn sesekali dihantar mereka ini ke sekolah budak nakal .. dua kemungkinan akan berlaku .. samada makin teruk atau menjadi manusia ... yang jadi manusia berapa ramai ?

Budak budak ni belum cukup akal.. mereka buat apa yang mereka nampak .. Kita sebagai orang dewasa , ada pengalaman hidup ..gunakan pengalaman kita itu untuk bimbing mereka .. selagi mereka bernafas , selagi itu kita jgn putus asa terhadap mereka ..

Pendidikan dari rumah dan sekolah penting buat anak .. Perlu benar benar seimbang.. Keluarga dengan kasih sayang dengan berakar umbikan agama dan adat .. sekolah dengan ilmu serta disiplin diri ..

Kita yang dewasa ini pon seringkali membuat dosa yang sama , dan senantiasa digalakkan bertaubat .. apatah lagi mereka yang belum matang fikiran ini ??

Kesimpulannya .... Tak kira kita kerja apa .. polis , doktor , pilot .. sama je... semua datang dari hati dan paling penting adalah keikhlasan ...

Bukan semua polis tu amik rasuah .. bukan semua doktor tu jual mc .. bukan semua pilot tu kaki perempuan .. dan macam macam lagi ..

Aku sendiri pon kakitangan awam .. Ada yang bersuara mengatakan kakitangan awam (penjawat awam ) pemalas .. suka melepak .. Tapi adakah semua begitu ?

Kita buka bukakan mata ... Rambut sama hitam ... hati ?? Aku bukan nak buruk burukkan sesiapa disini ... Sikap kita yang suka menuding jari sana sini adalah punca segala permasalahan ini.. Kita gemar mencari kesilapan dari menanganinya secara bijaksana ..

BA : Ini sekadar pendapat aku .. jika ada yg terasa .. aku minta maaf ..bukan berniat nak mengoreskan hati sapa sapa.. aku tau ramai pembaca blog ni terdiri dari guru .. pendapat aku ini adalah dari pengalaman aku sebagai anak , murid dan juga bekas seorang guru ...

You May Also Like

22 comments

  1. ermmm.. betoi tuh...saya bekerja di sekolah.. banyak cikgu yang bekerja sekarang kerna duit bukan mendidik... menghukum pelajar tanpa sebab musabab.. pelajar miskin dianggap hina.. pelajar kaya dianggap raja.. opsss bukan semua sebab ada jugak sekarang guru berperikemanusiaan..

    kalau semua budak pandai tak yah la susah2 cikgu mengajar.. sebab kita kurang bijak la sepatutnya guru main peranan... lagi satu yang tukang tengok tuh ape kes?? director filem ke?? patut dia tolong mententeramkan agar benda ni tak berlarutan.. ni tak dok diam mcm patung bernyawa.. haih gera, betoi...!!

    BalasPadam
  2. Aku tak ada pengalaman mengajar budak2 sekolah tapi budak2 IPTS adalah hehehe cuma aku rasa tak guna nak salahkan sapa2 dalm hal ni semua kena main peranan sama2 berbincang dengan menggunakan org tengah tak kisah pengetua, guru besar atau kalau boleh pihak yg tiada kaitan dlm kes mcm ni baru lah boleh cari penyelesaian... kalau kita tuduh menuduh tak akan selesai kalau teruk sgt tak selesai guna pihak berkuasa..

    BalasPadam
  3. emmmm speechless....

    camna la negara nak maju cam nieh...
    tamadun masih kurang... huhuhu

    // klik sinie jom ke blog mimie azimask :D ... //

    BalasPadam
  4. aku dah tgk lama dah video tu
    yup...pada situasi tu
    cikgu tu jgnlah berlawan ckp dgn budak tu
    dah tu hina2 budak tu.
    budak..akal diakan masih mentah
    yg cikgu tu pun satu..
    kata pendidik..
    mana toleransi?
    yg merakam tu lagi cam gampang!
    siap gelak - gelak..
    kan cam celaka tu.
    sori arr base aku kasar..
    aku memang pantang kalau cikgu buat onar mcm tu..
    sikit - sikit nak salahkan mak bapak..
    kalau mak bapka dia dah perangai sama mcm ko jugak..
    takde bezakan?
    aku bukan nak mengata yer..
    cikgu sekarang tak sama macam cikgu zaman dulu.
    cikgu dulu..
    budak2 takde duit na mkn,takde duit nak bayar yuran..
    dulukan duit diaorg..
    malah tak mintak pun balik..
    cikgu sekarang?
    mungkin tak semua begitu n ade segelintir saje tpi sape tahu?
    zaman aku sekolah dulu..perit2 aku pun
    cikgu aku tanya dan membantu
    zaman adik aku sekolah sekarang?
    sikit2 duit
    tapi ade jugak aku terkena byk kali dengan cikgu displin mcm tongong..
    kita dtg lmbt sekolah tak ditanya kenapa..(aku tolong mak bapak aku siapkan adik2 dan toliong mak aku meniaga nasi lemak sebelum pergi sekolah,motor plak dahlah satu jer)
    tak ditanya banyak,tahu nak libas jer rotan tu.
    tpi mmg aku tak respek cikgu le skunk..
    susah dan sgt susah aku nak respect.
    rata2 cakap tak serupa bikin
    tu belum lagi cikgu yg kejar glamour
    entahlah..
    pandai2 diaorg menjawab kat padang mahsyar esok mcmana diaorg menjalankan amanah yg Allah beri tu.

    BalasPadam
  5. bagus, sekurang2 pengalaman bro boleh memberi dari pelbagai sudut pemikiran. yang penting jangan saling tuduh menuduh, tapi mencari jalan penyelesaian.

    BalasPadam
  6. Mtk dijauhkn anak kita dr berkelakuan begini, Amin.

    BalasPadam
  7. saya setuju dengan tulisan ini.

    sangat setuju, saya juga guru,
    memahami situasi ini.

    saya tak faham bila seorang guru masih mempertahankan guru sedangkan terang-terangan kesalahan itu bersuluh.

    pernah dihempas kertas ke muka oleh guru matematik. saya buktikan saya memang terer math pada dia. hehe..=)

    BalasPadam
  8. lupa lak nak bgtau td, aku suka sangat dengan entri nie. boleh angkat ibu jari dari aku utk bro

    BalasPadam
  9. pengalaman yang berbeza tetapi hampir sama...
    emosi manusia kekadang tak siapa dapat tentukan... stabil atau tidak... yang pastinya keadaan yang jadi mangsa...

    BalasPadam
  10. stuju sgt.. sy penah disuruh bediri luar kelas tanpa sy tau ape salah saya..bila sy beranikan diri tanye dier, dier kate sy ejek dier, padahal mase tu sy selsema.. smpai dier penah kata result upsr akan jd teruk..tp last2 murid kebanggaan dier yg teruk, sy dpt gak 3A..smp skrg sy igt cikgu tu..ISA SALIM ngan ABDULLAH.. kat SRK Tmn Ehsan..mmg sy takkan maafkan mamat 2 org tu.

    BalasPadam
  11. Akak ni pertama kali post komen kt sini. Setuju dgn Ben, budak2 skrg mmg nakal tapi cikgu dan ibubapa serta pihak lain kena sama2 berperanan memperbaiki kelemahan mereka. Pengalaman anak saya (8 thn) boleh dikatakan seorang yg matang, ketua kelas, ketua kebersihan dan suka menonjolkan diri dlm apa2 acara. Ada tokoh jd insan berguna tapi disebabkan sorang dua perangai guru yg cekik darah, suka pukul kepala, tampar dan mcm2 lagi, buatkan dia frust. Hingga taknak masuk kelas. Akak tak kisah kalau rotan anak kerana kesalahan dia tp jgn dihukum tanpa dia mengetahui kesalahannya.
    Bagaimanapun akak n suami selalu beri kata perangsang, anggap saje apa yg cikgu lakukan sebagai dugaan dia utk menuntut ilmu n buktikan pd semua yg dia anak yg berguna satu hari nanti.
    Ibubapa tak boleh melenting tak tentu pasal. Kena fikir dulu sebelum bertindak sebab guru pun manusia biasa apa lagi ayah dia mmg seorang guru disiplin...hehe..

    BalasPadam
  12. memang x dinafikan ada segelintir guru boleh mendatangkan MARAH dan DENDAM pelajar atas teguran yang melampau.. guru mestilah bijak & pintar dalam mendidik apatah lagi membuat teguran.. biarlah teguran membina bukannya menghina.... cikgu sepatutnya bijak menangani situasi camni...

    tapi aku x salahkan cikgu tu. murid tu pun kena r kawal emosi. fikir dahulu sebelum membuat sesuatu.

    ibu bapa jugak perlu memainkan peranan mereka jugak. cikgu hanya mengajar, ibu bapa lah yang mendidik. kalau anak perangai camni, ibu bapa yang patut disalahkan.

    anak murid sekarang x sama cam dulu. anak murid zaman dulu sangat menghormati cikgu. kalau la camni, ilmu yang cikgu tu ajar pun x berkat.

    BalasPadam
  13. betol..sokong en.ben..
    spatutnya cikgu tu kene beralah dulu..
    gunakan psikology..
    kan masa blajo dulu ada subjet psyco..

    BalasPadam
  14. dak laki jiwa muda...mudah naik angin..kalo disiram lg dengan minyak, terus jd api

    apa salahnya guna cara yg lembut...terus api yg menyala tu terpadam...

    aku dulu pun penah jd cikgu...wpun sekejap jer, aku mmg xsuka marah anak murid...wpun diorg nakal, aku cuba bg teguran yg lebih lembut...wpun masa tu mmg rasa nak marah(sbnrnya tak reti marah)

    BalasPadam
  15. ku pn bkl guru..
    tkt en ben dgn fenomena skrg...fuhh

    BalasPadam
  16. ben penah jadi cikgu..
    nape tak teruskan sahaja eh?

    BalasPadam
  17. Saya pun geram dengan cikgu yang duduk nengok dan yang amik gambo tu. Sepatutnya darah muda macam tu kena cakap elok-elok. bukan makin bakr-bakar bagi dia panas. Saya tak faham pendekatan apa yang guru tersebut guna. Pakai otak atau ikut hati.

    BalasPadam
  18. saya rasa setiap guru da diajar tentang kaunseling dan psychology..
    walaupun bukan untuk diajar tapi untuk dipraktikkan supaya dapat handle situasi2 mcm ni..sepatutnya begitu..tetapi dalam kes ni guru tu plak kene psycho ngan murid die..
    adoii..

    BalasPadam
  19. Apa syaitan yg bergumbira skrg krn dia berjaya mengambil tempat dlm hati org2 yang lemah dan lalai dari peringatan Allah. Sifat amarah perlu dijauhi kerana syaitan amat suka kita dalam keadaan marah. Kita ambik ikhtibar kejadian ini sebagai panduan kita dalam mendidik anak-anak dan keluarga kita. Mohon dan minta pd Allah agar dijauhkan kita dari hal ini..Insyallah.

    BalasPadam
  20. setuju dgn luahan Ben ni..selagi guru tu bernama manusia, dia tak lari dari berbuat silap..dan kadangkala emosi mengatasi akal fikiran yg waras..

    dulu paling tak suka cikgu mengandung yg mengajar sbb cikgu mengandung selalu terbawak2 emosi dalam kelas..

    harapnya cikgu anak2 saya semuanya baek2 belaka..takut juga la insiden2 yg mcam BEn lalui tu kena kat anak..sakit tu kena lempang..

    dan jgn lupa ade award utk Ben sebagai tanda penghargaan dari blogger kepada blogger.. :)

    BalasPadam
  21. dlm konteks cm nie, kta x boleh nk tuding jari kat sapa2 tntng apa yg berlaku dlm video td 2..
    sb kita sendiri x taw cerita disebalik kejadian 2...
    jadi, secara umumnya dengn apa yg berlaku dulu dan sekarang tentang kes2 yg melibatkan guru, pelajar mahupun ibu bapa kita kenala ambik iktibar... jdkan pengajaran supaya bnda yg sma x jd kat kita atau pun anak kita nant... skang, kita jgn mencari salah sapa2, jngn dok mengata org 2 salah, org nie salah... sb dngn cara 2, masalah mcm nie x kan selesai klw mulut kita hanya taw nk mengata itu dan ini...
    yg pnting kita kena pk mcm mana nk elakkan drpd berlaku perkara yg sama... mmg nk buat susah.. tp x dr bnda yg mustahel.. insyaallah klw masing2 usaha, perkara cm nie x kan jadi...
    bila kita da tngok bnda cm nie berlaku, setiap org x kiralah pelajar ka, guru ka, ibu bapa ka, pihak kerajaan ka, pihak media ka, sapa2 pon kna la berubah.. sb sumanya dtng dlm diri kita..

    BalasPadam
  22. @Sidratul Muntaha

    cantik bahasa awak.

    tak perlulah nak tuding sesiapa pun salah. cuma, fikir jika kita sendiri berada di tempat tu.. tulis, cakap, memang senang. kalau rasa cikgu tu salah, kemudian, kita sendiri jangan jadi begitu dan sila jadi orang yang berakal. noktah.

    BalasPadam