Cinta Budak Sekolah .. Cinta Suci ?

by - Rabu, Ogos 04, 2010

Reti ke budak sekolah ni bercinta ? Apa yang diorg tau pasal cinta ? Duit sekolah pon mak bapak bagi .. makan pakai pon mak bapak bagi tapi ada hajat nak cerita pasal kawin ?

Atas dasar apakah mereka kata kat gf/bf mereka .. " I MISS U dan I LOVE U " ? .. Apakah benar mereka saling mencintai atau sebenarnya sekadar dipermainkan oleh perasaan mereka sendiri ? Yang sebenarnya itulah ada mainan syaitan agar mereka terpesong dari niat sebenar ... Iaitu , mendapatkan ilmu ..

Mendapatkan ilmu adalah wajib.. wajib setiap manusia yang berakal untuk mendapatkan ilmu selagi bernafas .. Bila niat sebegitu , maka syaitan tak senang duduk maka mereka mulakan pelan perancangan bagi merosakkan segalanya ..

Sebab itulah banyak kes kes budak sekolah mengandung luar nikah .. Budak perempuan yang masih belum cukup matang ni amat mudah dipengaruhi oleh perasaan .. Ditaburkan dengan janji manis .. abis tergoda segalanya .. maka tergadai apa yang ada .. hurmm ..

Budak lelaki lak ,camana ? Cinta budak laki ni sebenarnya bukan lebih pada perasaan .. tapi nafsu .. terpengaruh dengan unsur unsur tidak sihat di internet membarakan lagi nafsu anak anak muda ni .. Bila ada 'mangsa ' , maka tidak dilepaskan segala peluang yang ada ..dipraktikakan segala 'maklumat' yang ada ... Malangnya , anak dara yang terpengaruh jadi mangsa .. Lelaki lepas tangan , perempuan tunduk ke bumi .. menahan sebak di dada dengan penuh penyesalan ...

Cinta pada ilmu lebih baik dari mencintai budak lelaki yang masih tak cukup umur ! Kalau cukup umur sekali pon , selagi bergelar pelajar , lupakan segalanya terlebih dahulu .. Balaslah pengorbanan ibu bapa dahulu dengan mengembirakan mereka dari mengalirkan air mata kesedihan bila melihat anak dara mereka dipermainkan ...


You May Also Like

11 comments

  1. betul2..
    bahagiakan dulu parents

    BalasPadam
  2. tak tahu la suci ke tak tapi better dia orang utamakan pelajaran dulu.. fikirkan pengorbanan mak ayah dan balas jasa2 mereke terlebih dahulu..

    BalasPadam
  3. erm..aku n bf pon since form 3..
    igt maen2 lame2 jadi serius..

    BalasPadam
  4. masing-masing tak cukup umo tapi gediks nak bercinta..bukan matang lagi,masih budak hingusan gitu..hik3..nauzubillah...mntak ALLAH lindung lar adik2 saya..

    BalasPadam
  5. Orang kata, cinta sewaktu di sekolah hanyalah cinta monyet. Tetapi tidak semua. In fact, masih ada pasangan yang berjaya mengharungi segala halangan dan bahagia (Alhamdulillah). But I have to agree with you that bercinta semasa belajar dapat mengganggu pembelajaran. Bila pergaduhan berlaku, ia akan mengganggu emosi pula. Bila emosi tidak menentu, pelajaran pula diketepikan.

    Lebih elok sekiranya mengamalkan "cinta selepas kahwin". Banyak berkat dan nikmatnya, masha'Allah. Janganlah jadikan cinta sebagai kegagalan dalam hidup...

    Carilah cinta Allah SWT yang sejati sebelum mencari cinta sesama manusia.

    - Nisa

    BalasPadam
  6. sikit je kot yg cinta suci..yg lain tu menjahanamkan ada la..

    BalasPadam
  7. pernah mengenali satu pasangan yang mana mula bercinta pada umur 13 bagi lelaki & 12 yg wanita. Mendirikan rumah tangga semasa berumur 27 & 26 thn. kini pasangan tersebut telahpun menjangkau umur 40 & 39 thn. Mempunyai 6 orang anak dan kini hidup bahagia.

    BalasPadam
  8. huhu..smestinya..
    smtym coule tym skola pun..leh increase hrmon..
    as long kte pndai jge batas..
    hormon y aku mksdkan..
    yang leh bwk kjayaan..
    ssguhnye jodoh itu d tgn Allah

    BalasPadam
  9. hahak,sy budak skola,,
    tipu la law sy ckp sy ta pernah bcinta monyet cm tu an,
    tp da sdar,smua tu interim je,,pkra bodoh yg btol2 m'undang gjala2 negatif,kt skola,bapak meluatnye tgk bdk2 ni berjiwang ta lame pastu clash,haha mcm loser je,bapak LAME bin LOSER,jnji semcm last2 ta kawen gak,shame on them,,

    BalasPadam
  10. cinta sekolah mmg blom kemana2 kerana bukan masanya..even cinta u pun blom tahu penghujungnya.. pas konvo kerja jauh2 selamat.. huhuhu

    remaja2 masih bersekolah, tumpu pada belajar.. supaya tak menyesal kemudian hari

    BalasPadam