Dua Penghuni Neraka

by - Sabtu, Ogos 14, 2010

Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Shahihnya,hadis no: 2128, Rasulullah SAW bersabda:

Terdapat dua golonganpenghuni neraka yang saya tidak akan jumpa: (Pertama) Orang yang memiliki alat pemukul seperti ekor lembu yang mereka menggunakannya untuk memukul orang dan(Kedua) wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung lagimencenderungkan. Kepala mereka seperti bonjol unta yang condong ke sebelah.Mereka tidak akan memasuki syurga dan tidak akan menghidu baunya sekalipun bausyurga itu dapat dihidu dari jarak yang sekian-sekian.”


Hadis ini mengandungi beberapa pengajaran menarik yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca sekalian, agar kita sama-sama dapat mengambil iktibar. Hadis ini dimulai dengan penjelasan tentang dua golongan penghuni neraka yang Rasulullah SAW tidak akan jumpa. Ertinya dua golongan tersebut ialah dari kalangan mereka yang hidup selepas kewafatan Rasulullah. Ini merupakan salah satu bukti kebenaran hadis-hadis baginda, di mana apa yang baginda ramalkan seribu empat ratus tahun yang lalu benar-benar berlaku.

Golongan pertama
ialah mereka yang memiliki alat pemukul seperti ekor lembu, yakni tali sebatan. Mereka menggunakannya untuk memukul orang-orang lain. Ini merujuk kepada orang-orang yang memiliki kuasa lalu menggunakan kuasanya untuk menghukum orang lain tanpa pengadilan yang sewajarnya. Tentu saja yang segera terlintas di fikiran kita ialah para pemerintah yang diktator. Ini benar namun tidak tepat kerana hadis di atas bersifat umum, bererti ia merujuk kepada sesiapa jua yang memiliki kuasa lalu menyalahgunakan kuasanya untuk menghukum orang secara tidak adil. Justeru selain pemerintah negara, ia juga boleh merujuk kepada pengarah syarikat, ketua jabatan, amir jamaah dan juga seorang ayah.

Berdasarkan kaedah qiyas (analogi), cara menghukum tidak terhad kepada tali sebatan yang diperbuat dari ekor lembu sahaja. Apa sahaja alat atau cara yang dapat menghukum dan mendera seseorang termasuk dalam kategori ini.


Oleh itu sesiapa jua yang memegang kuasa dalam apa jua urusan, hendaklah menjadikan hadis ini sebagai peringatan. Jangan menghukum orang bawahan sesuka hati, sebaliknya adililah mereka dengan seadil-adilnya. Hendaklah mendengar hujah atau pembela mereka seandainya mereka bersalah dan berilah hukuman yang bersifat mendidik dan membina.


Golongan kedua
merujuk kepada para wanita yang memiliki beberapa ciri berikut. Pertama, mereka berpakaian tetapi telanjang. Maksud telanjang dalam konteks ini ialah wanita yang mengenakan pakaian yang nipis sehingga menampakkan aurat mereka di sebaliknya. Juga wanita yang mengenakan pakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk badan mereka di sebaliknya. Tidak ketinggalan ialah wanita yang memakai pakaian yang terbelah di sana-sini sehingga sekalipun ia menutup aurat, pada hakikatnya aurat-aurat tersebut akan terdedah ketika berjalan atau ditiup angin.

Kedua, ia merujuk kepada wanita yang bergaya, berjalan dan berfesyen dengan sesuatu yang memiliki kecenderungan atau tujuan untuk menarik perhatian lelaki. Seterusnya secara sedar atau tidak, wanita ini menjadi ikutan wanita lain untuk turut bergaya, berjalan dan berfesyen dengan sesuatu yang memiliki kecenderungan atau tujuan untuk menarik perhatian lelaki. Fenomena sebeginilah yang disebut sebagai “trend” masa kini dan inilah yang dimaksudkan dengan sabda baginda sebagai
…yang cenderung lagi mencenderungkan.”

Antara fesyen yang dimaksudkan ialah mengikat sanggul di belakang kepala dengan menyudutkannya ke atas. “Trend” yang digelar sebagai “Sanggul Arab” dianggap terkini oleh sebahagian wanita masa sekarang, sama ada yang bertudung atau tidak. Namun fesyen ini telahpun diramalkan oleh Rasulullah SAW seribu empat ratus tahun yang lalu. Ia baginda umpamakan sebagai bonggol unta. Hanya bonggol unta menyudut lurus ke atas manakala sanggul arab menyudut ke atas sambil condong ke belakang.

Ada yang begitu taksub dengan fesyen sanggul arab ini sehingga sanggup memakai rambut palsu yang diikat sebagai sanggul atau membeli terus sanggul palsu. Ada juga pekedai yang menjual tudung arab lengkap dengan sanggul arab tiruan di dalamnya. Semua ini menambah kesalahan, menambah dosa. Ini kerana mereka melakukan dua kesalahan, pertama ialah berfesyen sanggul arab sementara yang kedua ialah memakai sanggul palsu. Sanggul palsu termasuk dalam kategori rambut palsu yang diperingatkan oleh Rasulullah:Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dengan rambut lain dan wanita yang meminta rambutnya disambungkan.[Shahih al-Bukhari, no: 5934] Maksud menyambung rambut ialah mengenakan rambut palsu, tanpa dibezakan sama ada ia dari rambut manusia, haiwan atau buatan manusia.

Penting untuk dibezakan bahawa hadis di atas bukan bermaksud mengharamkan sanggul. Wanita yang berambut panjang boleh bersanggul, dengan syarat sanggul itu diikat di belakang dengan menyudut ke bawah. Apa yang diharamkan ialah sanggul yang diikat dengan menyudut ke atas seperti bonggol unta. Oleh itu, sama ada bertudung atau tidak, hendaklah dijauhi fesyen sanggul arab.


Setelahmenerangkan ciri-ciri kedua-dua golongan tersebut, Rasulullah SAW menambah bahawa mereka bukan sahaja akan menjadi penghuni neraka tetapi akan dijauhkandari syurga sejauh-jauhnya. Mereka bukan sahaja tidak melintas di tepi syurga,tidak melihat syurga, bahkan tidak dapat menghidu keharuman syurga padahalkeharuman itu dapat dihidu dari jarak yang jauh. Ini menunjukkan kedua-duagolongan di atas berada benar-benar jauh dari syurga Allah. Semoga ini menjadiperingatan yang melekat dalam diri kita, dalam tanggungjawab harian kita dandalam fesyen harian kita.


sumber : HAFIZ FIRDAUS.COM


You May Also Like

1 comments

  1. suka n3 ni..rmai org blumbe2 nk jdi fashionable..tp xingat mne yg lurus..

    BalasPadam