Dunia oh Dunia ..

by - Selasa, Ogos 03, 2010

Kenapa kita , sebagai manusia lebih gemar memandang keburukan dari kebaikkan seseorang ? Masa berbaik , engkaulah ratu hati ku , kaulah sahabat dunia akhirat .. engkaulah segalanya .. tapi bila ada kes skit , kalau ada bom nuklear , sah sah antar 8 bijik kat umah kita ! Betapa bencinya kat kita !

Mantan PM kita , Tun Mahathir .. sekarang ini sering menjadi sasaran kutukan mereka yg rasa lebih bijak berfikir dan pandai berkata kata .. Sekolah tak abis lagi , tapi dah tunjuk bakat pemimpin dunia .. Pimpinlah diri sendiri dulu sebelum nak perintah dunia .. lari topik lak ..

Sebenarnya apa yang aku nak bagitau ni cumalah satu .. kenapa satu satu kebaikan yang cuba dilakukan oleh seseorang yang kita kenali tu , tidak di war warkan tetapi keburukannya pulak di ambik kira ? Adakah keburukkan yang terlihat skit skit itu lebih bagus dihebohkan ? Apakah si tukang heboh tu lebih bagus kerana dia lebih dahulu makan garam ?

Apakah kita sebagai seorang manusia , perlu ikut je arah yang telah ditentukan oleh orang orang terdahulu ? sebagai contoh , bila solat je MESTI pakai kain pelikat ... Jika melibatkan agama ( Al-quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.aw ) tu tak pe la.. dah sememangnya kena ikut .. tapi kalaulah setakat protokol dan adat resam ni , tak runtuh pon tamadun kalau tak ikut .. Bukannya buang terus , cuma tak pakai baju melayu je masa raya ... salah ke ? cuma nampak tak sesuai je la kan ..tapi raya tetap raya.. semangat raya tu kena ada ..

Satu lagi contoh la aku bagi ek.. Ali jual pisang digerainya ... datang si Ahmad , dia jual pisang gak.. tapi bukan pisang mentah ... dijualnya ialah pisang goreng .. haaa.. walaupun sama tapi berbeza... dua dua boleh makan.. pembeli ada pilihan ... kan lebih harmoni .. betui ?

Ok.. aku nak mandi... citer panjang pon tak guna .. aku bukan tersepit pon ..

You May Also Like

4 comments

  1. penuh dgn tersirat...
    y pasti kena pandai cari peluang yang ada..dunia oh...dunia

    BalasPadam
  2. begitulah manusia, bila salah tak nak mengaku dan trus menuding jari

    BalasPadam
  3. refleksi kawan... izin followed dari indonesia

    BalasPadam
  4. @BUNTUsilakan.. dan terima kasih kerana sudi ..

    BalasPadam