Kau berenti je kerja.. Biar aku tanggung segalanya !

by - Jumaat, Ogos 13, 2010

Si suami yang berpendapatan kecil sanggup menyuruh si isteri yang bergaji besar ,berhenti kerja semata mata cemburu ? Boleh ke gitu ? Sedangkan selama ni , duit makan , duit rokok dia pon bini dia salurkan .. dan dia boleh mintak isteri dia berenti dan makan je apa yang ada .. Susu anak pon si isteri yang belikan dan kerana cemburu , maka itu permintaan dia ..

Aiseyman ... jgn jatuhkan maruah lelaki , bang oi.. kalau cemburu sbb isteri berpakaian seksi.. atau kerja asik tinggalkan keluarga tu , boleh la lagi diceritakan .. tapi tak perlulah sampai suruh berhenti... Gaji awak sendiri pon tak cukup , camana nak bagi makan anak bini ??

Jgn diturutkan hawa nafsu .. semata cemburu nak hancurkan rumah tangga.. si isteri belum lagi buat kesalahan tapi dah nak dihukum satu keluarga ... Sedangkan tau tindak tanduk si isteri tu tapi sbb tak tahan cemburu , maka abis semua kelambu di bakar ?

Lelaki oh lelaki ... kadang kadang tak sedar dek untung .. Salah orang nampak ! Bila sendiri mengatal dengan betina lain , ditutup matanya dengan mencari kesalahan si isteri ?? Jgn diikutkan sangat amarah tu.. kelak hancur segala kebahagian ... Tidak cukupkah lagi dengan pengorbanan si isteri tu ???

You May Also Like

1 comments

  1. skrg ni brg mahal,selalu naik harga,mmg xcukup h klu suami je keje..he2

    BalasPadam