Kau mmg tidak berhati perut !

by - Selasa, Ogos 03, 2010

Dulu ... masa sedap .. kau hina secukup rasa .. kau kata aku ini kerbau tanpa tanduk .. Macam macam lagi la kau kata ...

Tapi bila dah sehelai sepinggang , kau merayu nak kembali ? Pergilah kepada syurga dunia yang kau kejar tu .. Kau kata nikmat 5 minit tu mampu memberikan kau sayap untuk terbang ke udara .. Tapi sayangnya ... sayap yang kau dapat tu cumalah sayap yang membawa kau ke neraka kelak !

Aku bukanlah doakan bencana buat kau .. Kau pernah aku sayang satu tika dulu .. tapi pernahkah kau sayangkan aku seperti mana aku sayang kan kau ? Mereka kata anak punca kebahagian rumahtangga .. Mereka kata anak tanda kasih sayang .. Tapi bila Allah memberi amanah itu , apa yang kau buat ?? Kau rela mengejar nafsu semata mata !

Sudahlah .. aku takkan terima kau lagi ... Walaupun masih terdetik cinta ini pada kau tapi yang aku sayang dan aku cinta hanyalah kau yang mula ku kenali dulu .. bukan sekarang !

Kalau bukan kerana segala nikmat Allah tarik , aku tak rasa kau melutut pada aku sekarang .. aku tak rasa kau beria meminta ampun pada aku ! Pergilah .. pergilah ... pergilah kepada kekasih hati yang kau sanjungi sewaktu kau bergelar isteri pada aku ...

Aku maafkan kau ... antara kau denganNya , aku tak nak masuk campur ... samada kau insaf atau tidak .. itu terpulang .. yang pasti .. anak ini aku bawak pergi ... biarlah dia membesar sebagai insan yang mengasihi ayahnya ...

You May Also Like

5 comments