Kebaikkan tidak punya nama ..

by - Isnin, Ogos 23, 2010

Aku terpaku ari tu .. membaca sarikata dari sebuah drama arab yang bertajuk Flags of Thruth.. mengisahkan perjuangan sahabat Rasulullah iaitu , Saidina Umar r.a ..

Ada satu babak menunjukkan sahabat Nabi s.a.w itu mengetuk sebuah rumah yang mana penghuninya seorang wanita tua yang buta lalu diberinya sebuah bungkusan yang berisi makanan .. Lalu wanita itu bertanya , 'siapakah engkau ? adakah engkau dihantar oleh Khalifah ( Umar r.a ) ? " Dijawab kembali oleh Saidina Umar , " Kebaikkan tidak punya nama " ..

Bayangkan .. di zaman para sahabat , pemimpinnya semakin miskin .. benar benar mengambil berat tentang rakyatnya ... pakaian mereka tidak melambangkan langsung mereka ini seorang yang berkedudukan tinggi ... Keutamaan adalah rakyatnya ..

Tapi skang ?? Dari sekecil pemimpin hinggalah ke sebesar pemimpin , harta makin bertambah.. tak luak sedikit pon .. Kadang kadang aku terfikir , jika mereka memberi derma pada pusat pusat kebajikan , duit sapa sebenarnya mereka hulurkan ? Kalau duit mereka sendiri , alhamdulillah ... semoga Allah memberkati pemberian mereka .. Persoalannya kenapa perlu dipanggil media lalu diletakkan di muka utama tentang pemberian tersebut ?? Hurm ...

Mentang mentanglah PRU dah dekat .. semua pakat tunjuk muka yer ?? Lepas PRU ? masa untuk rebut tender dan jawatan kah ? Fikir fikirkanlah wahai pemimpin .. tak kira kerajaan atau pembangkang , bila pegang je kuasa ... haih... sendiri mau hengatlah.. bukan semua rakyat boleh ditipu ...

You May Also Like

4 comments

  1. Btul tu En. Ben, rakyat sekarang tidak mudah di tipu..time nak PRU..kempen bagai nak rak, janji itu ini, sanggup turun padang jumpa rakyat jelata, sanggup melawat rumah ke rumah..aihh kekadang naik jemu tgk gelagat calon2 pemimpin kat tv. Still the same agenda. Hope bila dah memegang sesuatu jawatan, bekerjalah dengan niat dan hati yg ikhlas sebab kalian sudah memegang AMANAH. By the, cantik ler the new look of your site. Salam ramadhan.

    BalasPadam
  2. Salam kepada abg beng.. Kat sini nak ajak abg ben joint kempen 1 blog 1 bendera sempena semangat cinta negara. Semoga abg ben dpt menjadi supporter dlm kempen ini yer thanks...

    BalasPadam
  3. salam
    kalaulah mereka tau dan faham tanggungjawab seorg pemimpin,pasti mereka menolak jawatan yg diberi...
    bersediakah menjawab soalan disana kelak?

    BalasPadam
  4. Mintak tolong promote kan :D

    http://blog-ayie.com/aktiviti-berbuka-puasa-di-johor-bahru/

    BalasPadam