Kenangan Ramadhan Bersama ... Azie

by - Selasa, Ogos 10, 2010

Ayah pergi mengadap Illahi seminggu sebelum umat islam menyambut Aidilfitri 1999. Hari Isnin. Lebih kurang 6.30 petang. Hanya Mak sempat di sisi membisikkan syahadah ke telinga Ayah. Laa illa ha illallah...Muhamad Rasulullah... Kala mereka yang lain sebok dengan persiapan juadah berbuka puasa. Ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Aku takde saat dan tika itu. Aku di sini, jauh daripada kampung, merantau mencari rezeki.

Ayah sememangnya sakit. Seingat aku Ayah asyik sakit since 1990. OnOff dengan hospital. Tapi takde la sampai berkampung di hospital. Masa Ayah ke Mekah, 1994, Ayah berbekalkan ubat dan juga berbekalkan buku laporan kesihatan. Cerita Mak, Ayah dimasukkan ke hospital sana selama seminggu.


sambung di blog >> AZIE

You May Also Like

2 comments