Merdekaaaaaaaaa .. Merekaaaaaaaaaaaa itu !

by - Isnin, Ogos 30, 2010

Huih.. masuk tengah malam ni genaplah 34 tahun aku merdeka .. menjadi rakyat yg merdeka .. hehehe ... Sesungguhnya aku amat bersyukur menjadi rakyat Malaysia ini .. ehehe.. kenapa aku bersyukur ek ?? Aku kerja di Kementerian Pelancongan Malaysia di bahagian Malaysia Rumah Ke Dua Ku .. Setiap hari ada saja permohonan warga asing yang berminat untuk mendapatkan visa selama 10 tahun .. Antara alasan mereka nak berada di Malaysia ini adalah keharmonian serta kestabilan politik ... Namun aku pelik , kenapa ada warga Malaysia yang cuba menghancurkan keamanan yang sedang kita kecapi ini dengan menjaja keburukan di luar negara ? Haih... hampa tul aku.. Apa punya spesis manusia pon aku tak tau ..

Tahukah anda betapa mereka ini kecewa sekiranya permohonan mereka ditolak ? Bukan calang calang orang yang memohon tu .. $$ adalah kriteria utama untuk memohon .. Bayangkan mereka nak menghabiskan sisa sisa hidup mereka di sini dengan menikmati keindahan serta kecantikan negara ini sedangkan rakyat kita lak sanggup buang kerakyatan untuk menjadi rakyat negara lain .. perghh .. pastu nyesal ! nak mintak balik .. haa.. baru ada akai ...

Bagi aku , susah senang aku .. biarlah di sini.. tanah tumpah darah aku .. tak pernah terfikir aku untuk menginap di negara luar sana .. biarlah aku buta pengalaman.. biarlah aku cetek pemikiran namun meninggalkan negara ini , tidak sama sekali .. Jika sesiapa cuba merebut keamanan negara ini dari pemiliknya , aku antara mereka yang pastinya menjadi benteng pertahanan negara ! InsyaAllah !!

Merdeka ! Merdeka !! Merdekaaaaa !!!!

You May Also Like

5 comments