Ramainya Follower dia !! Bagus sangatkah blognya ??

by - Jumaat, Ogos 13, 2010

Adakah ' follower' menentukan kepopularitian sesuatu blog ? Aku pernah bincangkan isu ini satu tika dulu .. Satu isu mudah tapi dibincang berkali kali terutama oleh blogger blogger yang baru bertapak ..

Follower adalah salah satu gadget yang ada dalam blog .. Mereka yg berminat terhadap blog itu dan ingin mengikuti perkembangan blog tersebut selagi blog itu tidak membosankan mereka hanya dengan menekan butang FOLLOW ..

Yang sering menjadi persoalan dan isu adalah adakah follower itu akan kembali untuk membaca blog tersebut ? Sangat mudah ... ada dua .. satu , mereka klik follow ketika itu adalah kerana tertarik dengan blog itu samada dari sudut entri mahupun layoutnya .. Kedua , sbb blognya sendiri telah difollow blogger blog itu .. Jadi untuk membalas 'budi baik' blogger tersebut, maka dia membuat kunjungan balas .. Ok la kan .. win win gitu ..

Samada follower ni nak baca kembali blog kita atau tidak , terpulang .. takkan nak paksa , kan ? Satu hal lagi yg sering jadi isu , follower / pembaca ni wajib tinggal komen ke ?? Ada yg suka jadi silent reader jer .. ada yg suka komen .. ikut selera la .. Contoh blog aku yang mana pembacanya ramai tapi yang tinggal komen sedikit .. Aku tak kisah pon sbb aku bukan jenis nak berbalas komen kecuali komen yang minta pendapat atau pandangan ..." tak semua penonton panggung wayang akan memberi komen bertulis setelah menonton filem tersebut .. kan ? Dah abis tonton , balik je la.. kan kan ? "

Bagi aku .. follower memainkan peranan terhadap blog tersebut .. Mereka suka dengan entri tersebut atau blog it maka mereka akan follow sekiranya mereka mempunya akaun google .. Ini ibarat mereka klik butang ' LIKE ' ... mudah kan ? Sedikit follower tidak menunjukkan blog itu tidak bagus dan ramainya follower tidak membuktikan blog itu popular ..

Aku tak amalkan konsep , ' i follow u jika u follow me " .. kalau ada blogger buat gitu , terpulang .. cara masing masing .. strategi masing masing .. Yang paling penting , pastikan blog anda senantiasa ada pengunjung .. Jangan biarkan blog anda seperti rumah banglo 4 tingkat .. sepi walaupun berpenghuni ..

Jadi , tak perlu nak bahaskan isu follow dan komen ... perhatikan trafik anda ... trafik adalah pembaca .. bukan mengejar populariti atau ranking .. Ramainya pembaca akan menaikkan semangat untuk mengupdate entri ..

You May Also Like

18 comments

  1. mcm mne nak tgk trafik ??? ta reti .. hahaha...

    BalasPadam
  2. btl tu ben...ak stuju. skang nie ak akn flw blog org klu ak minat je.

    tp awl2 dlu mmg dok men gini gk, biasala..nk flwr rmi. skang nie da insaf daa...

    xde guna gk kita dk men flw2 ni klu kita xminat ngn blog tu...

    tp ade 1 kelbhan flwr ni bg ak iaitu ak akn singgah dkt blog2 yg baru updates&interesting melalui flwr nie..biasanya ak bkak ikut dashboard...

    BalasPadam
  3. Oleh kerana blog aku tak menarik langsung, aku tak berkehendak sangat oran bertindak untuk 'memollow'. suka benar aku nyatakan bahawa blog aku tak menarik dan aku istiharkan secara rasmi dari dulu lagi...

    BalasPadam
  4. macam mana nak tengok trafik blog???

    kena melalui nufnang kah??

    BalasPadam
  5. Saya setuju dengan pendapat ben tentang analogi tengok wayang itu.
    Saya kopipes dari entri saya hari ini untuk "hiburan". Setuju tak ?

    Katanya P.U.A.S.A
    mengajar erti kesabaran
    tapi bila cukup masa
    masing-masing berkejar-kejaran
    ingin berdahulu-dahuluan
    bawa kereta ... sedikit pun tak peduli orang kiri kanan
    lantaklah kalau ada yang tersasar ke tepi jalan
    asalkan tujuan ku sampai tanpa sebarang halangan
    macamlah dia seorang sahaja yang ada tujuan
    orang lain tak apa tidur di tengah jalan.


    Katanya puasa
    mengajar erti kelaparan
    tapi bila beli juadah berbuka
    masya-Allah ... habis semua jari di tangan
    itu pun masih belum berpuas hati
    kalau boleh gerai-gerai sekali hendak dibeli
    nasib baik puasa hanya di fardukan di siang hari
    kalau tidak ... tak tahulah apa nak jadi !


    Haha hihi haha hihi ….

    BalasPadam
  6. Nasib baik lah pak tua bukan jenis "seduce2" orang suruh polow blog masak2 tuu...hehe

    BalasPadam
  7. trafik..boleh tgk di nuffnang atau nmemasang gadget counter mahupun google analytics..

    BalasPadam
  8. follower pun pnting abg ben... tanpa follower sapa la blogger ni.. hehe~~

    BalasPadam
  9. yep, i x follow blog u ni pon sbb kurang bminat dngan post u tp ade masuk jugak sekali dua

    BalasPadam
  10. @.sweet-ants. x per...tiada paksaan utk follow dan baca.. terrbuka dan hak individu..

    BalasPadam
  11. sokong sgt!
    x suka dgn blogger yg "i follow u, follow i balik yea"
    erkk.
    ntah ape2 rasenya

    BalasPadam
  12. stuju....

    x kisah sama de org tu nk follow or bg komen ke x?? yg penting ada yg masih sudi membaca entri kita...

    BalasPadam
  13. saya ambil sikap tak kisah, tiada paksaan, dan jangan memaksa :)

    BalasPadam
  14. dulu macam tak berapa kisah juga la pasal follow ni..tapi bila dah lebih luas berkomuniti dengan geng blogger lain, rasa best juga jika ada orang follow. eventho diorang tak baca or leave komen itu jadi salah satu pembakar semangat untuk buat entri baru setiap hari ^_^

    BalasPadam
  15. oh bro..am one of your silent reader yg gigih nak komen hari ni.

    haha

    BalasPadam