Sahabat Blogger mohon bantuan kita semua ..

by - Selasa, Ogos 10, 2010

Aku ternampak tadi sewaktu blogwalking ... Sahabat blogger kita , Eyriqazz (Great Teacher Onizuka ) ada meminta sumbangan ikhlas ... aku petik entri dari blognya ..



" Semalam saya menerima perkhabaran sedih dari kampung. Semasa saya menelefon ibuku, suara tangisannya kedengaran dengan jelas. Al-Fatihah, adik ipar ibuku (pakcik ku) meninggal dunia petang semalam ketika di tempat kerja terkena serangan sakit jantung.

Cukup sedih hatiku dan terasa begitu bersalah kerana tidak dapat pulang ke kampung atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Pagi ini, jenazah Ayah Ngahku akan dikebumikan di kampung (Terengganu). InsyaAllah, jika tiada aral melintang weekend ni aku akan pulang ke kampung.

Di entry ini, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon :


Sumbangan Ikhlas Dari Pembaca dan Semua

Serba sedikit pasal keluarga Mak Ngahku (Adik ibuku yang suaminya meninggal dunia semalam). Husbandnya dulu bekerja sebagai tukang rumah dengan gaji lebih kurang RM300-400 dan tidak menentu bergantung kepada permintaan. Mak Ngahku bekerja sebagai "Pump Attendant'' dengan gaji lebih kurang RM400. Mak Ngahku mempunyai 6 orang anak yang kesemuanya masih bersekolah. Yang sulung, kembar kedua-duanya belajar di Politeknik Dungun. Sedih hatiku, setiap hujung minggu mereka akan pulang ke rumah dan bekerja di Kedai Makan yang tidak jauh dari rumah mereka untuk menampung pembelajaran mereka.

Rumah Mak Ngah didirikan berdekatan dengan rumah nenek di atas tapak tanah nenekku. Memang sedih bila melihat keadaan mereka yang serba kekurangan. Pernah sekali saya belanja pasar malam, begitu berselera melihat mereka makan . Ditambah pula sekarang kehilangan tempat bergantung dan sumber rezeki utama. Semakin hari semakin kurus Mak Ngahku dan berkali-kali dia terpaksa memajak barang kemas, dan meminjam untuk keperluan keluarga.

Saya ada menolong serba sedikit dan apa yang termampu. Besok mungkin bermulanya bulan Ramadhan, ketika orang lain sedang mengerjakan ibadat yang mulia ini, mereka terpaksa berpuasa tanpa kehadiran Insan tersayang. Pergi buat Selama-lamanya dan dengan raya sebulan lagi, tentu semakin pening/bercelaru kepala Mak Ngahku untuk mempersiapkan persiapan raya nanti.

Jadi, di kesempatan ini, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon Sumbangan Ikhlas dari pembaca . Sekadar yang termampu, walaupun hanyalah RM1. Sikit-sikit serba sedikit membantu juga. Saya bercadang untuk mengumpulkan sumbangan ini dan akan diberikan kepada Keluarga Mak Ngah saya seminggu sebelum raya , dan semoga dengan sumbangan ini akan meringankan beban mereka dan raya dapat disambut dengan lebih gembira. Berat bahu yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. "



Jadi pada mereka yang ingin membantu atau menghulurkan derma ... bolehlah berbuat demikian .. Sila baca selanjutnya di blognya .. sila klik
Eyriqazz

BA: Al-fatihah ..

You May Also Like

4 comments

  1. berat mata memandang berat lg bahu memikul......

    BalasPadam
  2. Salam Saudara Ben Ashaari,

    Terimakasih di atas keprihatinan saudara...Sayu hati saya bila melihat ramai yang corcern pasal Mak Ngah saya...Semoga saudara dimurahkan rezeki dan saya doa2kan kejayaan bro dunia akhirat....

    P/s : Dulu saya pernah berfikir negatif pasal bro jadi di kesempatan ini juga, saya ingin memohon maaf....Betul kata orang, don't judge book by it cover...Thanks again bro...

    BalasPadam
  3. @Eyriqazz

    Wsalam ..sama sama.. semoga bro tabah menghadapi dugaan semua ini.. faham sangat keadaan ni ..

    No prob bro.. ;) Gud luck ..

    BalasPadam