Salam .. minta sedekah bang..

by - Isnin, Ogos 16, 2010

Datang seorang budak .. yang pastinya bukan warganegara kita .. Menunjukkan sekeping kertas yg mana aku dah tau apa isi kandungannya .. Persoalannya .. perlukah aku mengeluarkan duit yg mana pastinya duit tu tidak akan dia miliki sebaliknya ada sindiket yg mempergunakan mereka .. Camana leh tau ?? Dia nak cakap bahasa melayu pon tak fasih , inikah pulak nak tulis atas kertas dengan cantik sekali bahasanya ?

Aku bukan nak berfikiran negatif tapi apa guna aku mengeluarkan duit tapi hati aku berkata kata ? Ikhlas ? Jauh sekali .. Di pintu depan shopping kompleks tadi , ada seorang lelaki tua bersongkok juga mengutip derma... lengkap dengan pengenalan diri dan juga surat kebenaran untuk memungut derma bagi anak yatim .. Senantiasa terpamer senyuman di wajahnya .. tidak pula dia meminta minta .. berbeza dengan budak tadi tu .. hurmm ... jika aku nak mengeluarkan duit dengan ikhlas dan yakin , aku akan beri pada orang tua tadi ..

Tapi jika aku tak beri pada budak tadi , dia pulak pastinya akan dimarah oleh ketua sindiketnya .. malah mungkin tidak diberi makan dan dipukul .. Hurm.. jika diberi , esoknya dia pasti kembali.. bila nak selesai semua ini ?

Tak lama kemudian , datang pulak seorang wanita yang mana aku rasa tu mungkin ibu kepada budak tadi .. haih ... apa yang boleh aku buat , aku cuma mampu jawab salamnya dan sedekah senyuman padanya .. Untuk mengeluarkan duit atas semata mata tidak menganggu aku , aku rasa tak perlulah aku berbuat demikian .. Aku bukan kedekut tapi .. entahlah .. serba salah .. jika memberi , aku mengalakkan lagi.. jika tidak , aku serba salah ..

Buat tak tau ? Sememangnya aku bertindak kejam tapi bagi aku ... biarlah tangan kiri aku tak tau jika tangan kanan aku memberi .. Yang penting , niat aku kena betul .. ikhlas atau tidak , biarlah Allah yang tentukan ..

You May Also Like

7 comments

  1. Assalamualaikum..

    Hurm..AMir pun.kadang2 wat dek je dgn peminta sedekah nie..was-was..

    hurm..kdg-kdg bagi..kdg2 tak.. entah la..

    nak kata ikhlas?.hehe..wallahualam...

    :)

    BalasPadam
  2. selalu tak sampai hati bila ada anak yatim mintak derma dengan tukaran barang...kesian

    BalasPadam
  3. kanak2 la yang jadi mangsa selalunya...

    BalasPadam
  4. seorang kawan pnah gtau sy, abg ipar dia pesan.. seelok2 nya if da owg mnta sdekah time kte kt kdai makn, jgn bg duit seblknya ajk dia mkn n banje dia mkn.. tp skang bln pose.. canne 2?

    BalasPadam
  5. sgt setuju ngan en ben.. kadang2 rasa marah bile mengenangkan budak2 dijadikan alat oleh sindiket2 yang suka mengambil kesempatan itu..

    BalasPadam
  6. salam ben,
    aku jugak penah hadapi situasi yang sama, berbelah bagi..haha...mmg sah2 tak ikhlas kan?tapi bila cuba utk tak fikirkan tentang ketua sindiket,etc. baru bleh sedekah dgn rela hati

    tapi sedih tengok budak2 sekolah tahfiz kena keluar minta sedekah/jual barang waktu sekolah.ntah apa konsep ustaz dorg pakai

    Latest entry grafik novel gua ~ Kalau Aku Bendul Kau Apa?Bangang?

    BalasPadam
  7. pernah baca artikel berkenaan tingkatan/peringkat siapa yang perlu kita dahulukan mengenai bersedekah. tapi sudah lupa di mana baca artikel tu. kalau bro terjumpa harap kongsi yer. kalau tak silap, pertama yg wajib di bantu mak ayah (jika mereka susah - tanggungjawab kita sbg anak), ke dua anak yatim (sekolah2 anak yatim) dan ke tiga peminta sedekah. tapi tak pasti la pulak.

    berkenaan isu sindiket, aku berpendapat sama ngn bro sbb kita yg menggalakkan sindiket berkenaan tumbuh mcm cendawan kan?

    BalasPadam