Tak suka tak semestinya benci ..

by - Jumaat, Ogos 13, 2010

Kat bazaar ... macam macam ada juadah .. tak tau nak pilih mana satu .. kalau aku , pastinya aku cari yang sememangnya aku minat dari dulu cuma skang ni , ramai pulak yang buat jenis yang tu .. terpaksalah aku tengok betul betul .. tersalah pilih , nak tak nak kena habis gak kan ..

Nak masuk 3 hari kita berpuasa .. aku lom jejak kaki aku kat mana mana bazaar... Kalau jejak pon selera aku pastinya pada ayam .. hehe.. ayam mmg feveret aku .. Kenapa tak cuba yang lain ? Bukan tak nak , tapi biasanya hampa .. nampak sedap tapi bila makan .. hampeh .. bukannya free , kena bayar .. nak bayar tu , kena guna duit sendiri.. nak dapat duit , bukan mudah .. jengoh gak bergaduh dengan orang pasal kerja .. haa.. bila ada duit , abis gitu jer .. tak berbaloi ..

Dari aku membuang masa .. baik aku makan je apa yang ada .. tak perlu lah aku menjelajah mencari makanan yg lebih sedap ( buat masa sekarang ) memandangkan masa yang ada pun terhad .. tapi mana la tau kan .. kot tetiba rajin tu ... g la jalan jalan ..

Prinsip aku satu jer ... kalau tak suka , kita g main jauh jauh .. tak perlu bermuka muka .. tak perlu nak rasa dalam hati .. tak kira dalam dunia apa sekali pon kita , keikhlasan amat sukar diperolehi .. senang melafazkan tetapi segalanya tersembunyi .. jgn dok menyanyi saya ikhlas tapi hakikatnya dalam hati ??

Ikhlas bukan sebuah lagu .. keluar kat mulut tapi dalam hati berbunyi lain .. Seperti dunia yang aku sedang berpijak ini .. apatah lagi dunia yang penuh dengan kepalsuan yang mana segalanya berkepentingan sendiri , jgnlah dikompangkan 'SAYA IKHLAS KERANA ALLAH ' tapi ada jurugambar di hadapan untuk berita utama malam ini !

Kalau nak menari , menari sajalah .. tak perlu menyuruh orang ikut sama kerana belum tentu rentak irama itu diminatinya .. Kalau pandai menari sekali pun , tak perlulah dipertontonkan untuk semua .. simpan untuk pertandingan jer !

You May Also Like

0 comments