Tips aku untuk bakar lemak di bulan Ramadhan ..

by - Jumaat, Ogos 06, 2010

Puasa bukan diet ... diet bukan berpuasa ... haaaaa... silap tu... Jangan samakan konsep berpuasa dengan berdiet .. Diet ialah pengambilan makanan seimbang .. segala zat mesti mencukupi.. tak leh terlebih tak leh terkurang .. hehehe ... tu aku mudahkan .. Manakala puasa pula ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar
hingga matahari terbenam .. Berbezakan ?

Ada orang kata , dari ko berdiet , baik ko puasa .. dia puasa sebab nak kuruskan badan .. apakah niat dia ? kuruskan badan ? Hehe.. fikir sendiri ek .. malas bicara .. Niat untuk sebarang tindakan adalah penting .. niat di hati , bukan dilafazkan .. kalau tak , niat lain buatnya lain ..

Ok berbalik pada tips aku tu ... aku rasa la kan.. untuk ramadhan ni , aku nak berbuka dengan cara paling mudah ... tapi nak amik makanan yang agak berat ketika sahur ..

Maksud aku ialah.. ketika berbuka , aku sekadar nak makan roti , sayuran , buah , ikan bakar atau ayam panggang .. cukup .. untuk sahur baru aku nak makan nasi .. haa..tapi nasi biasa biasa je la. bukan lauk pauk beraneka jenis .. Serius , ramadhan ni aku berniat nak mengurangkan segala perbelanjaan .. beli yang perlu jer .. elak dri mengunjungi bazar Ramadhan kerana di sana terlalu besar dugaannya ..

Haa.. aku bukan nak kuruskan badan yer tapi aku nak menjaga kesihatan aku .. kebelakangan ini aku rasa aku dah tersasar dari penjagaan makanan.. Jadi Ramadhan ini , aku nak amik kesempatan semua ini .. Niat aku , sememangnya nak menjaga hati , mata , telinga , mulut yang aku rasa semakin .. hurm... tak terkawal .. haih .. perlu lebih senantiasa beristighfar dan berzikir .. kalau ada rezeki lebih , nak bersedekah ... insyaAllah ..

Adakah aku berjaya ? hehe.. kita tunggu lepas Syawal ...

You May Also Like

10 comments

  1. Semoga tercapai niat bro ben :)

    insyaAllah


    New Entry Prof-Hariz
    Caj RM3 5MB/minggu Hotlink

    BalasPadam
  2. insyaALLAH, bolehnye BEN..
    jom bersederhana :)

    BalasPadam
  3. insyallah.....huhuhuu.. nk tiru gak rr.. puasa smbil jage kesihatan..

    BalasPadam
  4. Sama lah kita abg ben..kita pun mmg plan mcm 2 jgk..nak jaga pemakanan,kesihatan.sambil 2 nk berjimat belanja.

    BalasPadam
  5. orait ben, semoga berjaya..

    BalasPadam
  6. bro ben,gua kalau puasa gua niat dalam bahasa melayu..

    BalasPadam
  7. selamat berhujung minggu dan menyambut ramadhan Ben..

    ermm..wife punya blog dah x aktif lagi ker??

    ape linknye ye?

    BalasPadam
  8. insyallah , amin :)

    BalasPadam