Wanita ‘diikat rahim’ mahu hamil kembali

by - Selasa, Ogos 10, 2010

Soalan :

SAYA berumur 36 tahun dan sudah mengikat rahim ketika saya melahirkan anak ketiga pada umur 30 tahun.

Saya tidak tahu kaedah apa yang digunakan dan juga tidak tercatat di rekod kelahiran.

Saya mempunyai tiga anak dan ketiga-tiganya dilahirkan secara Caesarean.

Saya diberitahu doktor di tempat saya melahirkan anak yang saya masih boleh hamil dan melahirkan anak sehingga anak keenam walaupun sudah tiga kali melakukan Caesarean.

Adakah saya masih boleh membuka ikatan saya dan hamil semula? Sekiranya boleh, bolehkah saya melahirkan anak kembar?

SU
Ipoh, Perak


Jawapan dari Pakar Sakit Puan , Dr. Adilah Ahmat

TIADA istilah mengikat rahim bagi mencegah kehamilan, istilah sebenar adalah mengikat tiub fallopio kanan dan kiri.

Memandangkan doktor yang membedah anda memberitahu anda boleh hamil lagi, berkemungkinan anda sebenarnya tidak menjalani prosedur mengikat tiub fallopio sebelum ini.

Istilah mengikat juga sebenarnya bukan mengikat saja. Sewaktu prosedur ini, sebahagian atau keseluruhan tiub fallopio dibuang sehingga tiada kesinambungan di antara penghujung tiub dan pangkalnya lagi.

Selain itu, memandangkan pangkal yang dipotong itu juga diikat (bagi menghentikan pendarahan), prosedur ini menutup laluan tiub itu sebelum parut terbentuk sewaktu proses penyembuhan.

Anda boleh menjalani ujian HSG secara sinaran-x untuk memastikan sama ada tiub fallopio anda sudah dipotong serta baki panjang yang tinggal. Lebih sesuai lagi, eloklah anda mendapatkan laporan daripada doktor yang menjalankan pembedahan terakhir itu.

Pasangan berhak membuat keputusan sama ada ingin hamil lagi walaupun setelah tiga kali menjalani pembedahan Caesarean. Namun biarlah setelah mendapatkan penerangan doktor mengenai kemungkinan risiko yang akan dialami terhadap ibu dan kandungannya.

Keutuhan parut pada dinding rahim menjadi isu utama kerana jika parut atau belahan ini koyak (ia juga boleh koyak lebih awal walaupun sebelum sakit bersalin), ia boleh mengakibatkan pendarahan dalaman yang serius dalam tempoh sekejap saja serta membahayakan nyawa ibu dan kandungannya.

Kehamilan kembar juga elok dielakkan selepas kelahiran Caesarean kerana dikhuatiri saiz rahim yang membesar ini menimbulkan kesan yang sama terhadap parut dinding rahim itu.

sumber : Hmetro

You May Also Like

17 comments

  1. dah jadi pakar sakit puan ni..
    haha..

    ermm.
    adakah ini tanda2 ben akan dapat baby?

    BalasPadam
  2. Bole kah saya minta bantu untuk membuka ikatan rahim saya.saya nak hamil lagi...

    BalasPadam
  3. Salam.saya dah buat 3kali czseran dan peranakan sya telah diikat tetepi sya masih ingin mengandung ,adakah masih ada peluang untuk sya selain daripada kaedah pensenyawaan telur ini adakah sya dpat membuat pembukaan semula ikatan rahim ini?

    BalasPadam
  4. selepas bersalin sy beikat..tetapi skg nhe sy nk mengandung lg...apa kh msih ada kesempatan tuk sy hamil lg...,?

    BalasPadam
  5. ble k sya nk bka peranakan smula,krna dh bsalin 3 xli dan ikat rahim msa ceaser xli k 3

    BalasPadam
  6. Salam...hai saya nak tanya bagaimana saya nak tahu cara ikatan peranakan ni dibuat...saya pergi swasta tak dapat di buat...ada saya pergi kerajaan dapat tahu

    BalasPadam
  7. slm hai..sy nak tnya apakah ceaser Tiub fallopia dipotong blh sambung..

    BalasPadam
  8. Bole ka sya ingin mbuka ikat rahim sya,sbb sya ingin melahirkn anak lgi

    BalasPadam
  9. Ap ka riseko nya jika sya mbuka ikatan rahim sya

    BalasPadam
  10. Saya nak buka ikatan rahim yg saya buat 7 taun lepas di indonesia dan saya nak berkahwin dgn seorg bujang blh kah saya hamil lagi dan saya minta tolong dimana doktor yg blh bantu dan pakar kandungan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum sy nak bertanye sy dh 10 thn mengikat 2 kali czseran sy nak mengandung lagi sbb sy dh berkawin yg ke 2 kali dengan bujang dh 3th x de anak sy nak anak lagi mohon bagi tau sy

      Padam
  11. Assalam.. ada x cara lain untuk mngandung spt kaedah tabung uji slpas btl. Sya berumur 44 thun dah 12 thun proses btl dan tlh bkahwin smula. Inginkn zuriat dr suami kedua. Tq.

    BalasPadam
  12. Saya nak buka balik ikat nya boleh ka? Selama 9thun rahim sy ikat.so skrg sya dah berkwin lagi. Adakah sy boleh buka peranakan??

    BalasPadam
  13. Saya nak buka balik ikat nya boleh ka? Selama 9thun rahim sy ikat.so skrg sya dah berkwin lagi. Adakah sy boleh buka peranakan??

    BalasPadam
  14. Salam says anak ke empat opertion ,tapi says ikat peranak kalau 2 tahun bole ke buka balik peranakn.. saya dtng bln tk ade masahlh.. mcm mane suami Dan suami saya ingin kn seorng anak last..

    BalasPadam
  15. Salam,sy nak buka balik ikatan, boleh kh??selamah 7 tahun rahim sy di ikat..jdi sekarang sy sdh kawin, ada kh sy boleh buka ikatan peranakan sy??

    BalasPadam
  16. selamat petang.. saya 3 caeseran.. da ikat peranakan.. saya nak mengandung lagi boleh ke.. nak buka ikat boleh ke

    BalasPadam