80% wanita salah pilih coli

by - Khamis, September 02, 2010

Maaf yer .. memandangkan majoriti pembaca blog aku ni adalah perempuan , maka aku nak berkongsilah maklumat ni .. terjumpa tadi .. rasa cam ok je nak kongsi.. jgn pk bukan bukan yer .. aku pon kena tau gak .. mana la tau kan.. nanti ada anak dara ... leh bagi taklimat skit kat dia .. sapa tau ??

PEMILIHAN saiz coli yang sesuai sememangnya mampu membentuk kontur badan wanita.

Dilaporkan lebih 80 peratus wanita di negara Asia memakai coli yang tidak mengikut saiz payudara berikutan kurangnya pendedahan terhadap pengetahuan untuk memilih saiz coli yang betul. Mereka juga kurang didedahkan dengan kepentingan coli pada payudara yang menjurus kepada kesihatan tubuh badan.


Penggunaan coli yang betul boleh diibaratkan sebagai lapisan kulit kedua bagi wanita. Namun, kebanyakan wanita memilih coli dengan hanya mementingkan aspek kecantikan dan lebih mengikut fesyen terkini semata-mata. Mempunyai bentuk yang menarik sememangnya menjadi aset kebanggaan wanita. Namun semakin usia meningkat, selain melalui proses kelahiran anak, perubahan bentuk tubuh dan pengabaian penjagaan payudara menjadi punca kepada masalah payudara jatuh atau menggeleber.


Antara kesilapan yang lazim dilakukan ialah memilih saiz mangkuk coli yang terlalu kecil atau coli terlalu longgar, hinggakan tisu lemak di bahagian dada mereka ditolak ke belakang badan atau bawah ketiak. Ia boleh menyebabkan payudara kelihatan kendur dan kekurangan sokongan pada payudara juga boleh mengakibatkan rasa sakit di leher, bahu serta tulang belakang. Justeru, Neubodi berusaha membantu mengatasi masalah yang sering dihadapi wanita dengan melatih setiap perunding khas untuk membantu pengguna mencapai transformasi segera ke atas tubuh menerusi pemakaian coli yang betul.


Melalui analisis dan diagnosis yang dilakukan ke atas pengguna, perunding Neubodi akan mencadangkan kepada mereka rekaan dan saiz coli yang sesuai. Ini membolehkan setiap pemakai mencapai kedudukan tubuh yang optimum serta mewujudkan penampilan yang lebih sihat, muda dan langsing.


Setiap pasang coli Neubodi direka unik, dipotong dengan cara tiga dimensi dan dibuat daripada fabrik berbeza serta berkualiti tinggi. Ia juga dijahit dengan tangan agar sesuai, malah padan dengan bentuk badan bagi menyerlahkan kontur yang lebih menarik. Selain itu, ia menawarkan sokongan ideal dan selesa kepada payudara. Neubodi tidak ketinggalan menawarkan coli bersaiz besar daripada mangkuk A hingga I pada tawaran harga berpatutan. Andai mahukan badan yang lurus dan tegak, perut yang kempis, kurangkan kesakitan di bahagian belakang dan bahu serta punggung yang mantap, kunjungi pusat jualan Neubodi di Empire Shopping Gallery (Subang Jaya), Dataran Sunway (Kota Damansara), Tropicana City Mall (Petaling Jaya) dan Hartamas Shopping Centre (Sri Hartamas). Untuk maklumat lanjut, layari www.neubodi.com atau hubungi 03-61408385.

sumber : Hmetro

You May Also Like

7 comments

  1. alamak abg...eh salah...encik ben...meletop sungguh n3 nie...

    BalasPadam
  2. auuu...baca menambah ilmu pengetahuan :p

    BalasPadam
  3. thanks ye share info....
    mmg x dinafikan...
    rmai kaum hawa xtau pemilihan yg tepat n cara pemakaian yg sempurna....
    boleh membahayakn kesihatan tue...

    BalasPadam
  4. ben, tips tuk pompuan sudah. tips tuk laki pulak ape?haha!!

    BalasPadam
  5. good info sebenarnya ni ben..salah pemilihan coli juga boleh menyebabkan cancer payudara..

    BalasPadam
  6. betol! salah memilih coli boleh menyebabkan ruam2 pada kulit kerana terlalu ketat. Dan juga menyebabkan sakit belakang jika payudara tidak disokong dgn baik. its like bad posture gitulah...

    its a good entry, esp when its coming from a man's point of view.

    BalasPadam