Aku ingat kau tak sayangkan aku dah ..

by - Selasa, September 14, 2010

 

Dulu .. amat sukar bagi aku melihat wajahmu .. Namun bila kau menjelma , aku terasa dunia ini seumpama aku yang punya ..

Semangat aku membara-bara.. seolah-olah aku mendapat satu tenaga baru .. tiada apa yang dapat menahan aku .. dari terus mencipta dan terus mencipta ..

Tapi melihatkan susutnya di dalam kotak itu .. aku terasa seperti sudah penghujungnya perjalanan aku di dunia maya ini .. seperti kau tidak sayang aku seperti mana kau sayang mereka yang lain

Tiba tiba .. sejak pagi tadi dia menjelma kembali dengan wajah baru.. dengan semangat baru .. adakah kau antara mereka yang senantiasa berada di dalamnya ? senantiasa berkelipan tanpa henti ..

Aku seolah tidak percaya namun aku tidak mahu menaruh 1000 harapan .. tapi aku yakin ia pasti milik aku nanti ..

2

Buffered oh buffered .. jgnlah dikau pergi.. panggilah kesemua rakan rakan kau.. singgahlah .. singgalah.. buatlah macam rumah sendiri... aku tak kisah .. kalau nak kuih raya pon , ada banyak lagi.. aku tak larat nak abiskan sorang sorang ..

3

Dan kau.. aku tau kau bukan antara mereka .. namun aku tak kisah .. keluarlah selagi mana kau mampu .. tapi kalau keluar ari ari pon aku lagi suka ... hehehe...

Nuffnang.. terima kasih ...

You May Also Like

3 comments