Alasan alasan bagi mereka yang suka bertanyakan tentang anak pada pasangan yang belum ada anak lagi ..

by - Isnin, September 13, 2010

 

Jika pergi beraya ke rumah sanak saudara , pastinya akan ada soalan soalan maut akan ditanya .. mereka yang akan ditanya adalah laki / perempuan yang belum berkahwin  dan juga pasangan yang dah berkawin tetapi belum ada anak  ..

Maka aku nak sediakan jawapan kepada soalan feveret iaitu

" Bila nak ada anak ? "

  1. Belum ada rezeki ( biasa sangat ni kan )
  2. Tengok la makcik .. esok lusa kalau rasa nak anak , suh je isteri saya ni beranak terus ..
  3. Dok simpan duit ... nanti boleh bersalin kat hospital orang kaya .. makcik nak datang melawat pon senang .. tak kira waktu ..
  4. Bila makcik nak saya ada anak ?
  5. Saya tak puas bersama lagi dengan isteri saya ni.. nanti kalau ada anak , susah dah nak 'bersama' isteri saya ni.. ada jugak terburai kain depan anak nanti  ( ni jawapan kalau dah bengang sangat sekirannya makcik tu kepoh sangat )
  6. atau ; Saya nak berhoneymoon dulu ngan isteri saya .. kang kalau ada anak , susah lak nak berhoneymoon .. sbb tu la ramai laki orang berhoneymoon dengan anak dara  ( ni jawapan mmg dan tensen giler punya )
  7. Makcik nak tolong beranakkan ke ?? ( ni mmg tahap nak kena simbah asid )
  8. Anak tekak atau anak mata ?
  9. Bila bila kiranyaaa diri ku perluuuu .. hari yang muruungg .. terdengarrr , nada yang rianggg ( nyanyi terus lagu zainal sambil berlalu ke dapur )
  10. tengok je muka dia !

Mana ada pasangan yang dah bernikah tak nak anak ? Semua nak anak.. Waris tuu.. Bukan saja saja nak rancang atau nak menolak rezeki dari Allah .. Sesungguhnya jika Allah belum mengurniakan anak pada pasangan tersebut ,tentulah ada sbb tersendiri .. Maka jgn pandai pandailah buat tafsiran sendiri .. Namun pasangan tu perlu juga berusaha dari segi perubatan disamping perbanyakkan berdoa kepadaNya ..

Bagi mereka yang suka bertanya soalan tu , renti rentikan la ... Ada orang rezekinya lain... kita tak nampak .. kan ?

You May Also Like

12 comments

  1. Sabar .... anggap jerlah makcik tu prihatin ..... kalau dah rezeki pasti ada

    BalasPadam
  2. hanya yang mengalami situasi itu y memahami

    biarkan mulut mereka, kelak pasti berlaku atas family mereka..

    hanya Allah yang tahu setiap yang berlaku

    BalasPadam
  3. kalau utk org yg belum berkahwin nak jawab apa pulak?? huhuhu..

    BalasPadam
  4. Dats tru..setiap orang dh tertulis rezeki, ajal dan maut masing2..mcm2 bentuk rezeki Allah bg pada kita..bukan kurniakan anak shj..

    Org yg tak kahwin..sibuk ditanya bila nak kawin..bila dh kawin sibuk tnya anak plak..huhu mmg tak abis isu ni..

    Inilah resam dunia..=)

    BalasPadam
  5. Salam. saya selalu ditanya bila nak kawin. macam yg u cakap, saya nak bagi jawapan simbah asid tapi mak saya selalu jegil mata. dia tak mau saya biadab sebab yg bertanya tu makcik2. so saya simpan sajalah jawapan tu dalam hati sambil senyum2 memikirkan reaksi makcik tu kalau saya bagi jawapan tu, hehe.

    BalasPadam
  6. kalau jawab....mak cik/pak cik ni plak bila nak mati? rasanya kejam sgt tak??

    BalasPadam
  7. nak buat camne. terpaksa lah pandai2 tangkis ye..

    ZooL

    BalasPadam
  8. bila dah ada anak sulong, orang tanya saya. bila nak tambah anak. yang tua dah besar. jarak jauh sangat ntak elok.

    bila dah tambah anak, anak yang kecil autism, orang tanya pulak: kenapa anak macam ni? bila nak cakap? kenapa dia tak panggil mama?

    bila orang nak berhenti bertanya?

    BalasPadam
  9. Biasalah tu Abg Ben,

    Saya dah lali sgt dah. 7 tahun kawin makcik2 kepoh duk tanya. Jangan kata simbah asid, rasanya dah tahap nak bakar rumah depa dah. Susahnya nak faham.

    Kalaulah buat anak tu macam buat biskut raya, kan senang

    Soalnya, urusan Allah. Dia yang maha mengetahui kenapa dan mengapa walaupun kita dah puas berusaha.

    BalasPadam
  10. yup...
    rezeki mmg d tgn tuhan..
    tp kan ben..
    kecian lg cikali tgk sepupu cikali..
    nagis2 dier tau mak cik cikali ckp ape..

    "next year my birthday, I DONT WANT ANY GIFT, I WANT A GRANDCHILD"

    cian lak tgk dier..
    dh x de rezeki kan..

    BalasPadam
  11. Tidak ada satu pon pasangan normal yang tidak mahu zuriat.....Bagi yang suka sangat bertanya benda2 sensitive ni pikir2lah sebelum bercakap atau bertanya janganlah suka2 hati makcik aje bercakap.....esok2 kena pada anak2 sendiri ke...cucu ke....taulah nasibb....
    satulagi makcik... kalau ada anak pon tapi tak pandai jaga anak .....pon tak guna gak...tak gitu En Ben...

    BalasPadam
  12. hrmm..kalo tu kerja kita,time neh jugak nak anak..tapi, tu kerja Allah S.W.T..xde sapa yg tau bila2..kalo takde rezeki anak,ada lah rezeki lain yg Allah bagi tu..susah betui depa nak paham..haishhh.

    BalasPadam