C!#%*a punya laki bini !!!

by - Sabtu, September 18, 2010

Geram betul aku tengok laki bini ni tadi dalam berita tadi .. Teruk betul dia seksa orang gaji dia yg berasal dari Indonesia ..Abis badan dia diseterika oleh majikan dia ..Bengong punya manusia .. Tak cukup dengan tu di rogol lagi ... hurmm .. Baca la sendiri eh ..

Suami isteri ditahan pembantu rumah dakwa didera fizikal, seksual

GEORGETOWN: Polis menahan sepasang suami isteri selepas pembantu rumah warga Indonesia mereka mendakwa telah didera secara fizikal dan seksual sejak lebih empat bulan lepas dan kemudiannya ditinggalkan di Taman Cenderawasih, Nibong Tebal, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Georgetown, Asisten Komisioner Gan Kong Meng hari ini berkata pembantu rumah berumur 26 tahun itu, dikenal pasti sebagai Wifainda dari Jawa Timur, juga mendakwa telah dipukul di kepala, tangan dan kakinya dengan tali pinggang.

Katanya pembantu rumah itu kini dirawat di Hospital Pulau Pinang kerana mengalami kecederaan di tangan dan kaki serta luka melecur di belakang dan dadanya.


"Siasatan awal polis mendapat dia telah didera selama kira-kira empat bulan sebelum ditinggalkan di kawasan perumahan di Taman Cenderawasih, Nibong Tebal, oleh majikannya pada Ahad lepas," katanya kepada pemberita.


Katanya laporan perubatan menunjukkan terdapat koyakan pada kemaluan pembantu rumah itu dan polis percaya yang dia mungkin telah dirogol oleh majikannya, seorang kontraktor memotong rumput berumur 41 tahun, yang tinggal di sebuah apartmen di Jelutong.


Dipercayai isteri kontraktor itu akan memukul pembantu rumah itu jika dia enggan memenuhi keperluan seksual majikannya itu.
Gan berkata kedua-dua suspek ditahan pada 9.15 malam semalam dan polis turut merampas sehelai comforter dan cadar dari rumah itu yang dipercayai mempunyai kesan air mani.


Katanya pembantu rumah itu pada awalnya tidak dapat mengenal pasti apartmen majikannya di Jelutong dan polis terpaksa menunjukkan banyak gambar apartmen.


"Sebaik sahaja apartmen berkenaan dikenal pasti, kami bertanyakan kepada penduduk di kawasan perumahan dan mengenal pasti suspek," katanya.


Katanya polis telah memaklumkan Kedutaan Indonesia mengenai kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan parah dan mengikut Seksyen 376 kanun yang sama iaitu rogol. -- BERNAMA

sumber : Bharian

You May Also Like

9 comments

  1. bodoh punye suami
    bodoh punye isteri
    dua2 otak tak betul

    BalasPadam
  2. hish! bodoh tol lah suami isteri tu! yang isteri biarkan aje suami dia rogol pembantu rumah tu! setan kepala apa pulak dorang ni! hisk3x...x sampai hati aku...

    BalasPadam
  3. Sekarang kes sebegini bukan lagi luar biasa. Kesian, tidak kira siapa, apa bangsa pun, mereka datang mencari rezeki. Dan sebagai manusia, wajar diperlakukan sebagai manusia juga.

    *Kes terpencil saya: Maid di ofis saya dilayan bos macam puteri, bleh datang ofis pakai cantik lagi seksi, kasut tumit tinggi, ada hp, bawa handbag jenama (bos kasi), belt kilat2, wpun cuma kerja cuci pejabat.. perhhhh untung badan.

    BalasPadam
  4. harap pihak berkuasa dapat menyiasat dengan seadilnya. jenayah tidak mengira agama, kaum & bangsa. bersalah tetap bersalah.

    BalasPadam
  5. Ben, yang akak hairan tu kan, macam mana pembantu rumah yang baik dapat majikan yang sangat kurang ajar dan majikan yang baik, dapat pembantu rumah yang tak tahulah nak cakap macam mana jahatnya sebab sanggup mendera anak majikannya itu. I think, kita kena skrin tahap psychology dua-dua belah pihak supaya kedua-dua belah pihak tak teraniaya. That's my opinion only.

    BalasPadam
  6. @ele maridiana
    saya setuju kak .. tapi kebanyakkan yang jadi maid ni , tkde permit..tu satu masalah tu..

    BalasPadam
  7. mashaAllah
    teruknyer smpai mcm tu pun bole jadik @@

    BalasPadam
  8. Pening tengok keadaan manusia zaman laa ni..Waaa..kak Elee @ OD pun adaa laaaa..

    BalasPadam