Cinta membuta hati ,merajakan nafsu ..

by - Rabu, September 22, 2010

 

Haih.. tak kesian kat mak bapak ke sebelum buat kerja bodoh gini ??  Kalau cinta sekali pon , bawa bawa ke jalan Allah .. bukan jalan keretapi ! Bengong namanya .. cari penyakit .. Takat bf baru setahun jagung .. dia sendiri tak lepas makan pakai dia , ada hajat nak bela anak dara orang ??? Haih ... Aku sendiri tak sanggup .. Jangan ingat cinta mampu mengenyangkan perut .. Aku pon cinta gak .. ni yang terdampar atas katil .. ingatkan kenyang makan cinta.. tak pasal pasal makan ubat .. huh !

Ni ha .. kes dua budak kembar yang ilang kat Kampar ari tu .. dah jumpa kat Penang ..  Adoi .. buat susah mak bapak jer .. Zaman skang ni , kalau ilang je .. tau tau mati .. Ni nasib baik idup !

Wahai anak dara n mak dara .. Erk... skang mak dara pon bahaya .. boleh lari dari rumah wooo ..  Sebelum buat kerja tu , ingat ingat la hukum Allah .. Kita hidup sementara je .. nak lazat sangat , doa je agar kita dapat ke syurgaNya .. lagi berkat !!! kan ?

Gadis kembar dan rakan ditemui di Pulau Pinang

GEORGETOWN: Remaja pasangan kembar, Nurul Ain Kamarazmi dan Nurul Ashiqin, 14, bersama teman sebaya, Suhaili Abd Razak yang dilaporkan hilang di Kampar sejak 11 September lalu, ditemui di Pulau Pinang dalam keadaan selamat.


Ketua Balai Polis Air Itam, Cif Insp Mohd Fadzli Napiah, berkata ketiga-tiga remaja perempuan itu ditemui bersama dua rakan lelaki mereka iaitu Mohammad Akmal Hakim Ismail, 19, dan Shahrizan Zakaria, 20, di flet Green Garden, di Paya Terubong kira-kira 8.20 pagi. Katanya, bertindak atas maklumat orang awam, polis menyerbu flet berkenaan dan menahan ketiga-tiga remaja perempuan itu ketika mereka sedang tidur di ruang tamu manakala dua lelaki terbabit ditahan di sebuah bilik tidur. "Semua mereka memberi kerjasama dan mengakui mereka secara rela hati mengikut teman lelaki ke negeri ini pada 14 September iaitu tiga hari selepas mereka dilaporkan hilang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Mohd Fadzli berkata, pada hari mereka dilaporkan hilang, remaja terbabit sebenarnya berada di sebuah ladang kelapa sawit di Perak dan tidur di sebuah rumah kosong di ladang itu.


Katanya, sebaik tiba di Pulau Pinang mereka telah mendaftar masuk di sebuah hotel murah di Jalan Pintal Tali bersama-sama teman lelaki mereka selama tiga malam di sini.


Teman lelaki mereka dikatakan mendapat pekerjaan sebagai pengawal keselamatan dan kemudiannya membawa mereka tinggal bersama di sebuah rumah sewa mulai 18 September sebelum diberkas hari ini.


Hasil siasatan awal mendapati salah seorang daripada lelaki itu terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan masih di bawah pengawasan polis di Kampar, Perak.


Mohd Fadzli berkata, ketiga-tiga remaja perempuan itu telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan.
Katanya, jika terdapat kes membabitkan hubungan seksual, polis akan mengambil tindakan terhadap pasangan masing-masing mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas tuduhan merogol gadis bawah umur.


"Kedua-dua lelaki terbabit kini ditahan polis bagi membantu siasatan polis, termasuk ujian air kencing bagi mengenal pasti sama ada mereka mengambil dadah atau sebaliknya," katanya.
Polis telah menghubungi ibu bapa remaja perempuan berkenaan dan kes aduan hilang anak itu dianggap selesai. - BERNAMA

sumber : BHARIAN

 

BA: Jaga jaga anak teruna kita ..

You May Also Like

8 comments

  1. Nak buat macamana anak2 kita ni.. kita strict sangat dia ancam lari gak, kita kawal katanya mengongkong.. apapun kita kena ikhtiar kenal semua kawan mereka.. pengaruh kawan tu besar pada mereka!

    BalasPadam
  2. budak2 ni betul2 tak peduli perasaan mak ayah.

    belum pandai cari duit, sibuk bawa lari anak dara orang, ish ish ish. yang budak perempuan pun sama, dah tak ingat pelajaran, ingat lelaki jak...

    BalasPadam
  3. kadang2 budak2 muda ni naif, tapi yg saya lagi marah kat jantan 2 ekor tu, apa dia buat? agak2 la, budak2 sekolah lagi tu pun nak disapu, teruk benor perangai

    BalasPadam
  4. hmm..jadikan iktibar, jangan terkena kat diri sendiri - keluarga ke, kawan2 ke.

    BalasPadam
  5. jangan lah buat org risau dgn ape yg kita wat .. kecian mak ayah

    BalasPadam
  6. macam manalah dorang ni boleh berani ikut lelaki..dah la budak2 lagi..

    BalasPadam