Hina orang melayu .. Hina bendera Malaysia ?

by - Khamis, September 16, 2010

Ada blogger tanya aku soalan " apa pendapat aku kalau ada blogger hina orang melayu dan hina bendera Malaysia ? " .. Mudah jer ...

Ada banyak pilihan di zaman sekarang ni ... antaranya ialah :

  • Sila buat laporan polis.
  • Tubuh kelab I HATE ... di FACEBOOK ..
  • Panggil wartawan .. buat sidang akhbar ..
  • Buat entri di blog berkaitan isu tersebut ..
  • Ramai ramai pergi maki hamun dia ..

Itu yang biasa berlaku bukan ? Ada saluran undang undang .. kita ikut .. Jangan memandai mandai sendiri.. Selagi tidak menyentuh kita secara fizikal mahupun mengancam nyawa kita , bagi aku biarlah pihak berkuasa ambil tindakan ..

Aku tak nak la jadi orang melayu yang cepat melatah .. Nak hangin tak bertempat seperti kita lihat di negara negara lain .. abis buat huru hara ..

Aku pasti orang melayu bijak dan boleh berfikiran dengan waras .. Kalau nak diikutkan , cuba buka mata luas luas .. Berapa ramaikah orang melayu sendiri yang sedang menghina budaya mereka dan juga agama mereka sendiri , secara tidak disedari ?? Apakah yang patut kita lakukan ? Tubuh KELAB I HATE YOU ??

Habis tu nak berdiam diri je ker ? Kalau kita nak bergaduh dengan orang yang tidak cukup bijak , kita akan jadi seperti mereka .. Senyum dan beri mereka maklumat berkaitan dengan isu yang mereka bisingkan .. Nak hina bendera Malaysia ? Tercalarkah maruah bendera tu ? Takkan tercalar selagi kita pertahankan kedaulatan negara ini dari musuh musuh yang ingin jatuhkan negara kita !

Aku berdiri memegang bendera Jalur Gemilang ! Musuh menempelak dan mengejek namun mereka tidak mengangkat senjata .. Perlukah aku mengangkat terlebih dahulu ? Tak perlu ... Kita yang akan dipersalahkan .. Pegang kuat kuat bendera ini .. Pertahankan jika diserang .. Barulah mati bermaruah ! Mati mempertahankan bumi tercinta..

SELAMAT HARI MALAYSIA !!

You May Also Like

8 comments

  1. Jawapan yg berhikmah dan ditunggu2.. tabik En Ben!

    BalasPadam
  2. ya... betul kata abg Ben tu..
    tak perlu kita nak naik hangin tak tentu pasal..
    kalau kita orang yang bijak, so bertindaklah dengan bijak... jangan main ikut hangin kita je..
    Cuti 1Malaysia


    http://nsnoop.net/2010/09/16/hari-1malaysia/

    BalasPadam
  3. zaman berIT ni lagi teruk orang menghina kan, sepatutnya gunakan dengan sebaik yang mungkin

    Norman vs Abby

    BalasPadam
  4. jangan cepat melatah ye..

    SELAMAT HARI MALAYSIA!!

    BalasPadam
  5. Mesti bertindak ikutlah mana yg sesuai seperti pilihan yg dah diberi tapi jangan diam tak buat apa macam tak jadi apa2.

    BalasPadam
  6. setuju ngan ben

    report mesti...

    dan jangan cepat melatah
    dan
    jangan mencarut dengan perkataan f*** dsb yang langsung tak berciri Melayu

    saya tengok yg cepat melatah dan buat onar ni budak2 tak cukup umur lagi


    → : hari Malaysia yang tidak berbekas di hati

    BalasPadam
  7. jadikan criticism itu sebagai motivasi untuk memperbaiki diri. Kalau org kata kita buruk perangainya, takkan nak yea kan, tak kan nak biarkan. Mesti tunjuk yang kita lebih baik dari apa yang di kata. That's my take.

    BalasPadam