Ini lagi kurang ajar !! Celaka punya ..

by - Isnin, September 13, 2010

Hangin.. hagin satu badan ... Umat Islam tak perlukan lagi Mekah yang baru !! Mereka sesuka hati membunuh dan menyerang orang lain tapi bila mereka kena mereka tau pulak nak mengamuk ?? Bengong tul !

Baca la sendiri ek.. kalau sakit hati , sila beristighfar byk byk .. tunggu je kebangkitan ISLAM ..

Al-Quran dihina depan Rumah Putih


WASHINGTON: Empat kejadian mengoyak dan membakar al-Quran dilaporkan berlaku di New York dan Tennessee, Amerika Syarikat meskipun seorang paderi konservatif di Florida membatalkan rancangan membakar kitab suci itu semata-mata kerana memprotes pembinaan sebuah masjid dekat lokasi serangan 9/11 atau ‘Ground Zero’.

Dalam kejadian di depan Rumah Putih, sekumpulan penganut Kristian Konservatif mengoyak beberapa muka surat satu naskhah al-Quran sempena ulang tahun serangan 9/11.

Sambil mengoyak, mereka menjerit: “Kata-kata palsu bahawa Islam adalah agama keamanan mesti dihentikan.”


Seorang daripada mereka kemudian berkata: “Satu-satunya sebab saya tidak membakarnya dalam kawasan Rumah Putih ialah melakukannya adalah jenayah. Bangunan berkembar (Pusat Dagangan Dunia) musnah kerana al-Quran dan ajarannya.”


Dalam kejadian lain di Lower Manhattan, seorang lelaki yang membantah pembinaan masjid itu mengoyakkan beberapa muka surat daripada senaskhah al-Quran sebelum membakarnya.


Dalam kejadian ketiga, seorang lagi lelaki mengoyakkan dan membuat isyarat lucah dengan kitab suci itu, mengejutkan orang lain yang melihatnya.


Di satu daerah dekat Nashville, Tennessee, paderi Bob Old dan seorang lagi rakannya menggunakan pemetik api untuk membakar sekurang-kurangnya dua naskhah al-Quran dan menggelar Islam ‘agama palsu.’ Tiada tangkapan dibuat.


Kejadian berlaku sehari selepas Terry Jones, paderi gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida, membatalkan niatnya membakar al-Quran.


Sementara itu, dalam cubaan mengurangkan ketegangan, Obama memberitahu rakyat Amerika bahawa Islam bukan musuh sempena sambutan tragedi 9/11.


Bercakap di Pentagon, Obama berkata: “Sebagai rakyat Amerika, kita tidak akan dan tidak pernah berperang dengan Islam.
“Ia bukan satu agama yang menyerang kita pada September. Penyerang adalah al-Qaeda dan mereka adalah sekumpulan lelaki yang menyimpang daripada agama itu,” kata Obama.


Tetapi, itu tidak menghalang beribu-ribu orang yang menyokong dan membantah pembinaan masjid daripada melakukan perarakan dekat Ground Zero sambil dikawal anggota polis.


Kumpulan yang menyokong pembinaan masjid, seramai 1,500 orang, berarak ke tapak pembinaannya tidak jauh dari Ground Zero disusuli sekumpulan yang membantahnya, tidak lama selepas itu.


Ahli perundangan Belanda yang anti-Islam, Geert Wilders berucap kepada kumpulan memprotes itu dengan berkata: “Di sinilah tempat kita halang mereka. Jangan benarkannya supaya New York tidak menjadi New Mecca (Makkah Baru).” – Agensi

sumber : Bharian

You May Also Like

6 comments

  1. ceit...new Mecca? poorah Mekah hanya satu je! ape ingat teringin beno ke nak buat masjid kat situ. yang nak buat masjid kat situ pun ape kejadahnye. buat le kat tempat lain. sah2 masjid tuh tak selamat jadinya. haiya.

    BalasPadam
  2. Hah!..sue pun baru membacanya tdi..memang geram betul lah dgn tindakan diorg tuh...
    Tunggulah balasan daripada Allah untuk mereka2 itu..

    BalasPadam
  3. dorg kena bc tafsir alquran..ks phm sket sbb dorg tuduh melulu...xfhm isi kandungan pun...hurm..

    Allah je yg dpt bls sikap dorg tu -__-

    BalasPadam
  4. tgu jelah balasan dari allah nanti.ingat tu buku atau kertas yg senang2 untuk di koyak n dibakar ker??mmg jahat....sakit hati sungguh..kita org islam ni amik iktibar apa yg jadi..jgn plak kita serupa dgn org kafir2 tu..

    BalasPadam