Jangan bawa beg orang lain

by - Selasa, September 07, 2010

UALA LUMPUR: Polis mengingatkan orang ramai yang pulang berhari raya agar tidak mudah terpedaya dengan permintaan sesetengah pihak yang mahu mereka membawa beg atau bungkusan ke destinasi tertentu.

Ketua Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, ACP Kang Chez Chiang, berkata bungkusan tersebut dikhuatiri mengandungi dadah dan taktik itu dikesan berlaku di perhentian bas, stesen keretapi dan juga lapangan terbang sejak beberapa tahun lalu.

Beliau berkata, taktik itu sering diguna oleh pengedar dadah kerana ketika itu orang ramai mahu pulang berhari raya ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

"Kita memerlukan kerjasama daripada masyarakat supaya tidak membawa beg kepunyaan orang lain yang tidak dikenali atau menumpangkan apa-apa jenis barang yang mencurigakan," katanya.

Katanya, pengedar dan pembekal akan meletakkan beg atau bungkusan mengandungi dadah di dalam bas, kawasan bagasi keretapi atau menumpang beg orang lain di lapangan terbang.

"Setibanya di destinasi, beg atau bungkusan itu akan diambil pihak kedua sebelum diedarkan," katanya. - BERNAMA

sumber : BHARIAN

You May Also Like

0 comments