Jika aku berhenti berblog .. itu tandanya ..

by - Sabtu, September 11, 2010

 

Sebelum aku mengenali dunia blog , aku hanya menghabiskan masa dengan mengupdate status di blog .. Main game tu tak la. Sbb mmg bukan jenis aku dok layan game kat internet ni .. Kenapa ? Ada banyak pendapat la kan.. Jadi terpulang pada masing masing ..

Wife aku adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan aku dengan dunia blog .. Pada mulanya aku tidak berminat langsung . Kenapa ? Hurm.. aku tak tau kenapa tapi yang pastinya aku tak mencubanya lagi .. Hehe..

Kali pertama aku mencubanya bila wife aku meminta aku membuat satu blog untuknya .. Mudah rupanya .. Dulu aku pernah memiliki blog sendiri tapi bukan seperti skang ini.. Dulu aku buat dalam geocities .. laman web percuma .. Di dalam tu , aku menulis cerpen..Kisah cinta .. ehem .. cinta sapa ? Ada laa.. haha.. Ala , zaman aku blajar dulu .. Tidak lama kemudian , aku padamkan segalanya .. :)

Dan inilah blog pertama aku .. BEN ASHAARI.com .. Setelah mengetahui di dalam blog ini adalah tempat mencurahkan segalanya ( aku ingat blog dulu hanya untuk orang politik ) maka aku menggunakan sepenuhnya keistimewaan blog ini .. Aku jadikannya tempat luahan perasaan aku dan juga diari kehidupan .

Ada pelbagai dugaan aku terima . Namun segalanya aku telan saja .. Lumrah kehidupan .. Untuk maju , aku perlu langkah ke hadapan dan menoleh kebelakang untuk memastikan langkah kita itu benar dan tepat ..

Pada mulanya , aku ingat blog ini semudah yang disangka.. Buat je , nanti ada la orang masuk baca .. Sapa yang nak masuk baca ?? Sapalah kita ini untuk menjadi tarikan orang untuk membaca kisah kita ? Aku bukan artis.. Aku bukan ahli politik malah bukan juga cendiakawan .. Jadi bagaimana aku nak suruh orang masuk baca blog aku ? Pelbagai usaha aku buat .. Kajian demi kajian sehinggalah aku terjumpa resepi aku tersendiri .. Namun begitu masih ada yang memandang remeh .. Apa nak buat kan ? Bukan senang nak memuaskan hati semua orang ..

Aku tetap dengan langkah aku ..  Biarlah mereka nak mengeji dan mengata .. Biarlah yang mengenali aku sahaja tau apa niatku .. Aku bukannya insan mulia .. Aku sedar semua itu ..

Aku terfikir .. Apalah yang mampu aku tinggalkan untuk mereka yang mengenali aku sekiranya aku tiada lagi di dunia ini ? Biarlah secebis kenangan ini bisa menghilangkan rindu mereka buat aku..

Maka sebab itulah aku akan senantiasa mengemaskini blog ini .. Blog ini umpama diari kehidupan aku .. kemana saja .. apa saja .. akan aku update .. Beri aku 5 minit maka akan aku gunakan dengan sebaiknya ..Tiada sebab .. tiada alasan .. antara malas dengan tidak sahaja..

 

DSC_0554

Peneman setia aku .. Senantiasa berada di dalam beg sandangku ..

DSC_0756

Malah di gym pon akan aku update sekiranya ada sesuatu di benak aku.. Takkan biarkan ianya berlalu begitu saja ..

DSC_0647

Setiap pagi dan petang mahupun malam , jika aku berada di ERL dan di dalam ERL , aku akan tetap update .. Masa itu emas bagi aku... terlalu berharga sekarang !

image

Ketika bersosial sendiri pon akan aku update blog.. Alhamdulillah , aku memilik rakan rakan yang memahami minat aku ini ..

DSC_1058

Pergi membeli belah bersama isteri , akan aku tetap update .. Peluang update itu akan datang bila dia nak ke tandas atau nak mencari sesuatu yang memakan masa maka aku akan cari tempat duduk lalu keluarkan laptop.. hehehe..

DSC_1221

Dalam kereta ? Hanya akan berlaku sekiranya aku jadi penumpang .. Takkan aku nak bahayakan nyawa orang lain kan ? Aku masih waras .. hehe..

DSC_0288 

Pergi bercuti ? hehehe ... cuti cuti gak kan .. blog perlu diteruskan .. walaupun tak kerap namun perlu diupdate ..

Setiap kali aku update , satu kepuasan timbul dihati aku .. walaupun ringkas tapi sampai maksud .. Sepanjang setahun aku berblog , pelbagai kritikan membina aku terima .. Antaranya entri yang terlalu panjang.. penggunaan bahasa yang tidak standard .. dan banyak lagi.. satu satu aku ubah .. dan aku masih lagi dalam proses pembelajaran ..

Aku dan kamu sama saja ...tidak ada kurang , tidak ada lebih .. hanya usaha sahaja akan membezakan kita .. Siapa rajin , dia diatas ..

Blog ini hanya akan terhenti bila aku sudah tiada lagi di dunia ini .. InsyaAllah ..

BA : Jangan salahkan penonton jika stadium kosong sedangkan corak permainan tidak berubah dan tidak bermutu ..

You May Also Like

16 comments

  1. ben..

    tergamam dgn tajuk entry

    tapi, tuhan punya kuasa..semoga panjang usiamu

    kerana ko..ayu pandai berblog...walaupun cincai..namun seperti ko..ianya tempat untuk melepaskan benak didada,,

    dapat bayangkan dunia sepi tanpa ben ashaari.com

    BalasPadam
  2. betul tu.. setiap org ada cara tersendiri. benashaari.com pun ada gayanya yang mampu menarik ribuan pembaca setiap hari

    ZooL

    BalasPadam
  3. Insya allah saya akan memberi sokongan, tapi blog pak tua sendiri makin hambarkan, perlu ke lagi blog pak tua mu ini di blog Ben ashaari?...Tak sangka, Ben menjadi bualan hangat sepupu perempuan saya yang dtg beraya tadi....

    BalasPadam
  4. salam ben. tahniah di atas semangat berbloging kau yg tak kenal jemu. aku pun nak tiru semangat kau tu. semangat yg patut ada dlm diri setiap bloggers utk berjaya. suatu hari nanti insya Allah aku akan jadi macam kau. aku suka baca blog org2 yg dah lama berbloging sbb byk idea & tips berguna yg boleh dikongsi. apapun, mantapkan lagi usaha. akhir kata, sekali lagi diucapkan tahniah buat ben ashaari.com.

    *skema gila ayat aku..*

    BalasPadam
  5. pergghhh!!!! tabikla kat pcik benn nee ... ishkkk ... walau kemana saja ..

    BalasPadam
  6. memang setugu!! sebab pernah tersermpak ngn Ben kat Alamanda.. memang lepak depan booth eskrem sambil hapdet blog la kut.. hahah....

    =)

    BalasPadam
  7. wahh terjumpa entry ni .
    semangat ny berblogging
    trasa mcm naikkan smngt sndri je
    huhu

    kat-2 mana pun always dgn blog dy
    =)

    BalasPadam
  8. tanda nyer en ben dlm tandas kot...hehe..jgn2 dlm tandas pun en ben update blog gak tp x snap pic je kan...

    apa pun en ben sejak join segmen en ben setiap ari shda akan baca n3 en ben x kira la yg baru ke yg lama ke...utk dpt lebih byk info n naik kan smngt nie....

    teruskan usaha juamu menjadi blogger picisan yer...ramai yg menyokong anda

    BalasPadam
  9. waaa...touching..tajuk pun dah menggambarkan keseluruhan isi kandungan..mesej abg ben sampai ke hati saya.. nak menitiskan air mata pun ada.. semoga niat dan pengorbanan abg ben terbayar dan yang lebih penting diredhai Allah s.w.t kerana dia lah pemberi nikmat..
    Tahniah dari anak mama's blog untuk abg ben..

    BalasPadam
  10. Ben memang seorang blogger sejati..

    Patutlah sentiasa ada entry terbaru pada setiap masa..

    Rupa-rupanya notebook sentiasa ben bawa ke mana-mana jua..

    Satu cabran buat blogger-blogger baru seperti saya jika mahu benar-benar berjaya dalam dunia blogging..

    BalasPadam
  11. resepi!?...hmm macam nampak dan faham tapi tak nampak ....tolong bagi nampak boleh....kiki...aku agak blur2 ni...

    BalasPadam
  12. errk bro ben..sekarang aku dah memahami kesusahan/kesulitan/kepayahan ko bila ko mengharungi segala cabaran dan dugaan semasa ko muala2 terjun dalam kancah berblog ni.

    Sekarang jugak aku dah mula mengenal erti bagaimana nak jadi seorang blogger yang sejati..

    tq bro ben,kerana memberikan satu ilham kepadaku utk lebih bersemangat dan terus cekal berblogging..Semoga Allah s.w.t sentiasa melindungimu..Amin..

    BalasPadam
  13. erm..abng ben..nak mintak tolom komen pasal blog Ik nie boleh tak..??..mane tau takut ade yang kurang..>_<

    http://kakitulis-ikhanif.blogspot.com/

    BalasPadam
  14. N3 ini juga memberi impak besar ke dalam semangat sy utk meneruskan perjuangan yg belum pernah selesai melalui blogging. Thanks a lot mr. BA

    BalasPadam