Jom kawin.. kita murtad dulu ...

by - Isnin, September 06, 2010

Hurm .. Dahsyat 13.. mmg dasyat .. mengeleng je kepala bila menontonnya tadi .. Nak salah sapa ? Bagi aku banyak pihak perlu membuka mata antaranya jabatan agama .. Cuba tengok orang orang jabatan agama .. berapa keratkah diantara mereka ni , mesra , peramah mahupun senantiasa tersenyum bila menegur seseorang ?

Kenapa ramai anak anak muda skang ni berlaku zina ? Selain cetek pengetahuan dan pemahaman agama , prosedur untuk bernikah / berkahwin menyukarkan mereka .. Tu tak termasuk lagi bab bab bab pengurusan perkahwinan seperti hantaran pertunangan dengan harga yang mengarut ngarut .. Bila kena si lelaki tu tak berkemampuan timbul satu perasaan yang dibisik syaitan agar rosakkan saja anak dara tersebut .. Baru padan muka ! Itulah bisikan syaitan dan mangsanya adalah si gadis tersebut ..

Nak kawin susah .. murtad jalan termudah tanpa fikirkan keburukkan .. Dalam kepala , lepas murtad , kawin kemudian bertaubat .. Tu yang ada dalam kepala mereka .. Contoh lain yang diberikan tadi .. kenapa tak nak solat ? Camana nak solat sedangkan tak nampak Tuhan ?? Disini peranan ibu bapa dan diri sendiri .. Jgn tunggu tapi kena cari .. Rajin rajin ke majlis ilmu .. insyaAllah ... dapatlah jawapannya ..

Menunggu jawapan pastinya akan dibisik syaitan .. Kena berdiri dan bergerak mencari jawapan yang sememangnya ada di depan mata ... Janganlah ikut perasaan dan hawa nafsu.. Pasti menyesal kelak .. Cinta duniawi jika salah pegangan kelak menghancurkan diri sendiri ..

You May Also Like

7 comments

  1. rajin abg ben pegi gim eh...

    BalasPadam
  2. mmg macam2 cara pemikiran muda mudi skrg, buat liza rasa takut melihat anak2 sendiri yg makin membesar, moga Allah melindungi kami sekeluarga

    BalasPadam
  3. Saya suka N3 anda yang ni Ben..memang betul, hantaran yang di reka2 dengan segala maknikam pesen menyusahkan urusan nikah kawin, ada tu serba satu lah, kalau kat Johor ada pulak serba berdiri...adehh, nasib baik tak de serba menangkup!!!...boleh pingsan...

    BalasPadam
  4. memang teruk betul mintak dijauhkan dengan perkara-perkara macam ni. entahlah, banyak gejala yang tak sihat sekarang ni kan

    Cek Nuffnang Pertama RM540.15

    BalasPadam
  5. Manusia yang menyusahkan. dan kita terlalu mudah terpengaruh dengan apa yang difikirkan 'norm". Orang lain buat hantaran beribu2, kita terikut2. Sikap tiada identiti salah satu sebabnya.

    BalasPadam
  6. bila hukum islam ditolak ketepi ini la yang jadi.kekadang sedih mikirkan orang islam pon takut bila dgr hudud.

    BalasPadam