Kawasan panas di Selangor !!

by - Selasa, September 07, 2010

SHAH ALAM : Jalan Kuala Selangor adalah antara kawasan utama dalam senarai kawasan panas di negeri ini kerana ia sentiasa mencatatkan jumlah kemalangan tinggi termasuk mengakibatkan kehilangan nyawa.

Selain itu, Kilometer (KM) 66 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, KM4 MRR2 dari Taman Melati-Plaza Tol Gombak dan KM27 Jalan Kuala Lumpur-Seremban.

KM415-452 Lebuhraya Tanjung Malim-Shah Alam, KM1-4 Lebuhraya Elite, KM 12-KM45 Jalan Klang-Banting, KM16-24 dan KM70-77 Jalan Kuala Kubu, KM 24-69 Jalan Kuala Selangor Sabak Bernam dan KM1.9-2.7 Jalan Banting-Salak Tinggi.

Sehubungan itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata orang ramai yang berhasrat pulang untuk berhari raya di kampung masing-masing pada minggu ini diingatkan berhati-hati ketika melalui kawasan kemalangan maut terbabit,

Ia perlu diberi perhatian kerana majoriti kes menunjukkan sikap manusia itu sendiri yang tidak sabar, tergopoh-gapah dan tidak mematuhi had laju ketika memandu adalah punca utama kemalangan, katanya ketika ditemui di sini.

Sebelum ini, beliau melancarkan Ops Sikap ke-22 peringkat Kontinjen Selangor, yang membabitkan lebih 800 anggota polis bermula 2 September lalu hingga 17 September ini bagi memastikan kelancaran perjalanan balik kampung sempena sambutan Aidilfitri.

Khalid berkata, semua anggota termasuk yang bukan dari cawangan trafik bertugas sepanjang musim perayaan ini berikutan lalu lintas dijangka semakin sesak dengan pertambahan kenderaan di atas jalan.

"Ops Sikap tahun lalu mencatatkan penurunan lima peratus berbanding 2008 dan pada Ops Sikap kali ini, kami berharap kadar kemalangan terutama kemalangan maut di negeri ini terus berkurangan.

"Kami akan terus bekerja rapat dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan syarikat konsesi lebuh raya dalam mencapai objektif itu," katanya.

Sementara itu, Pengarah JPJ Selangor, Yusuff Ayob, berkata sebanyak 269 kemalangan yang mengorbankan 41 nyawa dikenal pasti berlaku di enam lokasi berisiko tinggi di kawasan berkenaan pada tahun lalu.

"Jalan terbabit ialah Jalan KM 415-452 Lebuhraya Tanjung Malim-Shah Alam; KM1-4 Lebuhraya Elite; KM 12-KM 45 Jalan Klang-Banting; KM 16-24 dan KM 70-77 Jalan Kuala Kubu, Rawang; KM 24-69 Jalan Kuala Selangor Sabak Bernam dan KM 1.9-2.7 Jalan Banting- Salak Tinggi," katanya.

Sehubungan itu, Yusoff menasihatkan semua pengguna jalan raya yang pulang ke kampung sepanjang musim perayaan ini untuk membuat pemeriksaan terhadap kenderaan masing-masing terlebih dulu serta mematuhi peraturan lalu lintas.

You May Also Like

1 comments

  1. hehe ingtkan cuaca yang panas tadi.. huhu jalan kuala selangor tu memang bahaya sikit.lagi2 malam hari.gelap n seram je..

    BalasPadam