Kenapa mangkuk bertingkat sangat ??

by - Ahad, September 26, 2010

 

Tengok Buletin TV3 tadi ? Tak ?? Hurmm... Kalau yang tengok tu bagus la... Jika nak jadi seorang blogger yang bagus , kena rajin tengok berita , baca suratkhabar untuk mengetahui isu isu terkini .. Baru la isi kandungan blog menarik dan ramai pembaca ..

Ada satu kes tadi yang membuatkan aku mengelengkan kepala... Erk.. sebenarnya bukan satu je tapi ada banyak gak cuma malas nak ulas bab lain sbb diluar jangkauan aku .. nanti kena saman lak .. hehe..

Berkaitan dengan kes pelajar IPT yang dicuri gambarnya dalam pendrive .. Pendrive miliknya diberi pada kenalannya untuk membuang virus virus yang ada ..Tapi malangnya , segala dokumen didalam pendrive itu di salin termasuk gambar setengah bogelnya!!

Persoalannya ... kenapa simpan gambar tu ???? Apa punya turrr daaa ... Kan merbahaya ? Awak tu perempuan ! Tak pasal pasal mangkuk bertingkat yang curi gambar tu dah sebarkan dalam internet.. sapa malu sekarang ?? Haih...

Yang si mangkuk bertingkat ni pulak , ko tak sedar ke yang ko edar gambar tu milik seorang gadis yang beragama ISLAM .. Mungkin seagama dengan kau!! Tak ke kau dah aibkan dia ??? Di mana rasa tanggungjawab kau sebagai saudara seagama ??? Seronok sangatkah mengaibkan saudara sendiri ?? Cuba kena kat adik beradik kau sendiri , camana ? Haih.. buat kerja selalu tak fikir panjang !

Dalam internet ni , berapa ramai dah anak gadis yang sebangsa dan seagama aku menjadi mangsa manusia manusia keparat yang sanggup mengadaikan maruah bangsa dan agamanya kerana menurut hawa nafsu ???? Terlalu ramai !!! Dah mereka bangga menyebarkannya ! Sapa yang malu ?? Perempuan tu ke atau kita yang bergelar melayu beragama ISLAM ??

Banggakah ???

You May Also Like

9 comments

  1. cik Ben.. nama je student IPT tapi singkat pemikiran.. gambaq2 cam tu tak yah laa nak simpan... tak dak paedahnya.. kan? kan? kan?

    BalasPadam
  2. dua2 pon tersilap. tapi yang dah dapat pendrive tu, orang bagi mintak tolong buang virus, tak suruh pon tengok2 benda2 lain dalam tu. dah mengkhianati kepercayaan orang dah. =S
    susah kot nak percaya orang sekarang. hmm

    BalasPadam
  3. tengok..saye hanye mampu geleng pale je..tak boleh nak salahkan org yang sebarkan tu jugak..sebab pelajar tu pun salah..yang pergi simpan gambar bukan2 macam tu dalm pendrive sape suruh??then pergi bagi kat orang yang tak tahu hati budi untuk buang virus..orang skrg ni byk yg tak boleh dpercayai..diri sendiri yang memalukan diri sendiri jugak..

    tapi saye rase jelek betul tengok pemakaian budak td tu..apa punya pesyen la..bertudung..tapi pakai baju xde lengan tayang ketiak dan nmpk "inner" die..haish..T_T

    BalasPadam
  4. insan bongok lah tu...kesian hidupp didunia takde guna...gerammm laks aku tetiba..huhuu

    BalasPadam
  5. setuju dgn cik sha!!
    kite pn rs was2 ngn gurl tu...yg sengal g smpn pic cmtu wtpe...n yg mencopy pn 2x5...

    BalasPadam
  6. hmm sesiapa yg buka aib orang lain..Allah akan buka aib dia di akhirat nnt..tu janji Allah..
    Ingatlah kalu nak wat pe2..

    BalasPadam
  7. Adeeeehhhh, budak2 sekarang, ish ish ish, tak fikir panjang...

    BalasPadam
  8. knp perlu simpan gmbr separuh bogel sendiri.. kan2...

    citer yg telah dimanipulasikan untuk menegakkan keadilan bg diri sendiri...

    BalasPadam