Kisah Benar Impian Seorang Ibu Dan Ayah

by - Jumaat, September 17, 2010

Puan Fatimah (bukan nama sebenar) merupakan seorang kerani di salah-sebuah jabatan kerajaan di ibu negara. Beliau mempunyai seorang anak yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini iaitu Imran (bukan nama sebenar).

Bapa kepada Imran pula ialah Saleh (bukan nama sebenar) yang merupakan seorang pegawai di salah-sebuah syarikat swasta yang bertugas di Shah Alam.

Puan Fatimah dan Encik Saleh amat-amat inginkan anak kesayangan mereka Imran untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR pada tahun ini. Kalau boleh mereka nak masukkan Imran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tahun depan untuk Tingkatan 1.

Puan Fatimah dan Encik Saleh risaukan tentang pencapaian Imran akhir-akhir ini yang kurang memberangsangkan.

Setiap bulan mereka membelanjakan duit untuk menghantar Imran ke pusat tuisyen.

Tapi masih macam tak nampak lagi ‘hasil’ pulangannya dari segi keputusan ujian-ujian yang Imran perolehi.

Lebih runsing lagi mereka ini bila melihat Imran asyik menghabiskan masa di depan komputer bermain game dan melayari Internet serta bermain MukaBuku Facebook.

Kalau search pasal pelajaran takpe la juga kan …

Puan Fatimah sibuk dengan kerja urusan rumahtangga manakala Encik Saleh pula sering terpaksa pulang lewat kerana tugasan di pejabat.

Memang tak ada masa sangat mereka ni jika nak pantau 100% progres Imran dalam pelajaran.

Dan yang lebih ‘parah’ lagi, mereka pernah terdengar jiran-jiran ada menceritakan anak-anak mereka yang dihantar ke pusat tuisyen bukannya mereka hadir ke kelas tuisyen. Tapi mereka telah ‘serong’ ke cyber café berdekatan untuk bermain online game.

Naik gerun juga Encik Saleh dan Puan Fatimah, takut-takut Imran pun terjebak …

nak tau dengan lebih lanjut ?? Jom baca sini

You May Also Like

1 comments

  1. kadang hantar g tuisyen pun bkn blh harap sgt pun. baik study kat skolah dgn cikgu..

    BalasPadam