Lotus Racing seolah-olah nafi kepentingan negara

by - Selasa, September 28, 2010

 

SEPANG 28 Sept. – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim melihat hasrat Lotus Racing Team yang dimiliki Datuk Seri Tony Fernandes menukar nama pasukan itu kepada Team Lotus seperti mengenepikan jenama Lotus Racing dan seolah-olah menafikan kepentingan negara.

Beliau berkata, penukaran nama pasukan itu jika berlaku, tidak lagi menjadi satu jenama Malaysia kerana Lotus merupakan anak syarikat kepada syarikat kereta nasional Malaysia Proton Berhad.

"Tindakan Tony pasti mengundang pelbagai isu dan kekecewaan daripada sesetengah pihak. Ini soal kita punyai pasukan yang terus melupakan kepentingan negara,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini, hari ini.

Pada minggu lepas di Grand Prix Singapura, Fernandes mengumumkan bahawa Lotus Racing akan menukar namanya kepada Team Lotus bermula tahun depan setelah dikatakan mendapat hak daripada pihak ketiga David Hunt.

Tony dikatakan mahu menukar nama pasukan itu selepas membeli Team Lotus Ventures daripada Hunt.

Semalam, Pengerusi Proton dan Kumpulan Lotus, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh menafikan Hunt mempunyai hak ke atas jenama Team Lotus dan berkata, syarikat kereta nasional itu akan terus menyokong kumpulan itu dalam mempertahankan hak kumpulan itu. – Bernama

sumber : UTUSAN

You May Also Like

0 comments