Main kutu pon salah ke ?? Kasi hadap mahkhamah !!

by - Selasa, September 28, 2010

Hehehe... jgn tak tau .. ni nk kasi tau .. tapi baca la sendiri supaya lebih tau ... eheh..

SHAH ALAM 28 Sept. – Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini bagi kesalahan menggunakan syarikat milik mereka untuk menganjurkan pelaburan wang kutu yang dikenali sebagai Program Ekspres sejak dua tahun lalu.

Sabbri Yusof, 49, dan Rahimah Rahim, 39, mengaku tidak bersalah selepas tuduhan tersebut dibacakan di hadapan Majistret Hafizah Abdul Rajak.

Mereka sebagai pemilik perniagaan World Heritage Resources didakwa menggunakan syarikat itu untuk menganjurkan pelaburan wang kutu Program Ekspres yang dilarang di bawah Akta Kumpulan Wang Kutu 1971 antara 1 Disember 2008 dan 29 April lalu.

Pasangan itu disaman mengikut Seksyen 3 akta tersebut yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Kes itu akan disebut semula pada 2 November ini. - Utusan

You May Also Like

6 comments

  1. nampak nya kak makcik yang main kutu kat opis nih nak kena bagi baca berita nih.. :D
    kuman "kesalahan jujur .." Entry

    BalasPadam
  2. Bro Ben..ni bukan takat main kutu biasa2 jer...

    BalasPadam
  3. serba serbi masuk mahkamah sekarang ni...pelik

    BalasPadam
  4. diaorang ni dah buat aktiviti mcm skim cepat kaya.. sebab tu naik mahkamah..

    BalasPadam
  5. tetiba rasa gatal pulak kepala nih...
    kalo gatal tapak tangan... naper yer

    BalasPadam
  6. yup..yg ni bukan kutu kat kepala mahupun kutu kat opis atau dgn makcik temah sebagai kepalanya..semmngnya kita tk blh menerima deposit atau buat collection tnpa lesen..klau tak jadi cam skim cepat kaya

    BalasPadam