Nak sama rata tapi ??

by - Khamis, September 23, 2010

 

Aku tak ingat ari apa tapi aku terlupa nak jadikan entri walaupun dah set dalam kepala aku ..

Berlaku dalam LRT sewaktu pulang dari pejabat .. Aku terdengar satu perbualan dalam bahasa Inggeris .. Fasihnya dia ! Dari cara pemakaiannya tak menunjukkan dia seperti boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris.. Kagum aku.. Tapi aku rasa mungkin dia bukan orang Malaysia ...

Dia bertanyakan sesuatu pada orang yang berdiri berhampiran dengannya yang kebetulan sebangsa dengannya .. Mereka berbalas dalam bahasa Inggeris .. Yang pastinya si makcik ni nak ke Stsn Sri Petaling namun tak tau nak turun kat mana ..

Maka budak ni pon bagitau bagaimana dan dan di mana .. Hurm.. padahal atas kepala dia ada pelan stesen .. Tak kisah la .. Dia tak perasan la kot ..

Bila sampai satu stesen , budak ni dan geng geng dia turun.. Masuk dua akak ni .. Si makcik ni masih dok kalut macam tu gak.. Seperti tak puas hati  dengan penjelasan budak tadi..

Ditanya lagi soalan yang sama pada dua akak ni dalam bahasa Malaysia ! Tu diaa.. boleh rupanya cakap Bahasa Malaysia yakni bahasa rasmi negara kita .. hehe..

Tapi sayangnya , bahasa Malaysia dia tunggang langgang .. Tak sebagus bahasa Inggeris dia .. Haih ... Camana ni ? Nak sama rata dalam segala segi tapi bila bab negara ?? Hurm..

Maaf la yer .. aku bukan anti sapa sapa .. bukan prejudis .. Bagi aku , tak kira apa jua kaum dan bangsa  di negara ini , selagi mereka memegang MYKAD .. mereka adalah 1MALAYSIA.. Tapi sayang .. bahagian paling asas  sekali , dah gagal ..

Walaupun bukan semua tapi jumlahnya masih tinggi .. tak caya ?? G la borak sendiri .. Gunakan kedua dua bahasa ... English dan Bahasa Malaysia .. Lihatlah perbezaannya ..

Cerita lain ; Masih ada tak hormat bahasa kebangsaan

You May Also Like

7 comments

  1. tu la BEN, walaupun tak semua camtu tapi yg sikit-sikit ni la yg dok jumpa tiap hari.. :)
    kuman "jutawan" Entry

    BalasPadam
  2. agaknye kite ni tersilap didik kot encik ben..

    patut yang asas tu diasaskan.. yang sampingan tu jangan disampingkan, beri keistimewaan..

    tapi yang jadi, yang sampingan tu jadi asas.. asas tu disampingkan.. aduh Malaysiaku..

    BalasPadam
  3. betul cakap kuman Mr. Ben, tak semua mcm tu......dalam blog saye, kalau tulis dalam english pun sebab nak bagi my international followers faham....hehehehe

    BalasPadam
  4. padahal kalau boleh fasih bahasa malaysia, berapa bahasa dah tu. Tiga bahasa! hebat!
    kalau cina indo fasih je ngomong indo.
    kat sini, kalau nak jumpe yang fasih tu, pergi kat belah2 kelantan, terengganu ke.

    BalasPadam
  5. ben...memang ramai begitu...mungkin ada sesetengahnya malu untuk bertutur bahasa ibunda...nanti takde standart...inglish pun penting juga untuk international..namun bahasa ibunda iaitu bahasa melayu/Bahasa Malaysia jangan dilupa...

    BalasPadam
  6. ramai sgt sekarang ni lebih basih berbahasa inggeris dari bahasa ibunda sendiri..
    kadang2 mak ayah sibuk nak sgt anak2 fasih berbahasa asing sedangkan bahasa ibunda sendiri pun tunggang langgang..

    BalasPadam
  7. saya rasa sistem ketatanegaraan kita ada yg tak betul kat mana2 kot...bab bahasa kebangsaan (bahasa apa pun) kena di beri perhatian lebih..ianya seperti maruah atau kedaulatan sesebuah negara..benda ni kena pasti kan rakyat betul2 faham..sbb tak faham lah bahasa kebangsaan (kebetulan b.melayu) org buat tak peduli.

    BalasPadam