Orang yang tak bertudung ni tak pandai jaga maruah diri eh ??

by - Khamis, September 23, 2010

Aku cukup tak suka dengan kenyataan satu artikal di Hmetro berkaitan dengan satu artis bertudung ni .. Dia kata , bertudung tapi perangai cam jalang .. Lebih kurang gitu la bunyinya ..

Aku petik sedikit tulisannya yer ..

" Tidak tahu nak kata apa lagi, kepada artis wanita ini bawa-bawalah bertaubat atau tanggal sajalah tudung itu jika tidak pandai menjaga maruah diri serta menjaga imej wanita Islam kerana pemakaian tudung bukan untuk dipersendakan. "

Aku cukup pelik kenapa dikaitkan tudung dengan keperibadian seseorang wanita ?? Zaman sekarang ni , tudung salah satu dari cabang fesyen .. Kecualilah dia bertudung dan menutup aurat atas niat kerana Allah .. kerana agama ISLAM mewajibkan wanita menutup aurat ..

Dia menutup aurat .. dia dapat pahala.. dia buat jahat dia dapat dosa .. Dia buka aurat ..dia dapat dosa .. dia buat jahat , dia dapat jugak dosa.. Mudah bukan ?

Kalau benar seseorang wanita itu mengetahui tentang sebenarnya ajaran ISLAM , maka tidak akan wujud kemungkaran pada dirinya ..

Baca dan nilai sendiri ... ermm ..

MELIHAT penampilan artis wanita bertudung ini, takkan mungkin kita percaya ada sisi 'kejalangan' dalam dirinya. Tapi itulah hakikat sebenar dan SS sendiri tergamam apabila teman-temannya sendiri membuat pendedahan aktiviti kurang sihat artis wanita ini.

SS berikan sedikit bayangan mengenai profil artis wanita ini. Tidak begitu popular namun dikenali kerana dia pernah membintangi sebuah program realiti.

Berbalik pada gosip yang SS dengar, artis berperwatakan Islamik ini sebenarnya tidaklah sebaik mana. Iyalah, kalau dia perempuan baik takkan menyelinap masuk rumah lelaki bujang kot! Pergi malam buta balik siang pulak tu.

Curiga teman-teman dan orang sekeliling berganda, apabila mendapat tahu rumah yang dikunjunginya itu didiami lelaki tulen bukan golongan 'adik-adik'.

Lebih dahsyat, dalam masa sama dia ada pasang skandal lain juga dan sering mengunjungi rumah mereka mengikut kemahuan hatinya. Apa yang berlaku di dalam rumah, wallahualam SS tak pasti kerana tidak nampak. Tapi secara logik apabila pasangan lelaki dan wanita bukan muhrim berdua-duaan takkan syaitan tidak berbisik untuk melakukan perkara terkutuk itu. Tidak mungkinlah bersembahyang tahajud bersama kan? Bagaimanapun, teman-temannya mengesyaki dia sudah melakukan sesuatu kerana selain bentuk badan nampak perubahan macam orang sudah berkahwin, mulutnya memang ringan kalau bercerita pasal seks, siap cerita skil-skil lagi.

Bongok! itu sajalah perkataan yang terlintas di fikiran SS buat masa ini. Tidak tahu nak kata apa lagi, kepada artis wanita ini bawa-bawalah bertaubat atau tanggal sajalah tudung itu jika tidak pandai menjaga maruah diri serta menjaga imej wanita Islam kerana pemakaian tudung bukan untuk dipersendakan.

Bertudung bukan sekadar menutup aurat, pemakaian juga harus dijaga. Bahkan pertuturan dan tingkah laku mestilah seiring dengan imej yang dibawakan barulah orang 'respect' kepada wanita yang berpenampilan sebegini.

Kalau mulut asyik bercakap benda tidak baik, pakai baju pun sendat dan menjolok mata tak payah pakai tudung lagi baik.

Sumber : SS

BA: Pernah dengar alasan seorang gadis tak nak pakai tudung sbb berperangai seperti lelaki .. hurm.. Menutup aurat itu wajib bagi wanita dan juga lelaki ...

You May Also Like

12 comments

  1. saya tak bertudung tapi sedaya upaya berusaha utk menjaga maruah diri.

    BalasPadam
  2. salam incik ben..

    sblum apa2 boleh tk sy nk mengeluh? haish...1st of all..tudung tu lambang agama seorang wanita ISLAM ke? dgn memakai tudung..dia adalah bidadari di syurga ke? benar, kerana dia sudah menjaga auratnya lantas menjaga agamanya..

    tk tau nk cakap camaner bila dikaitkan dgn isu tudung.. kalau cakap lebey org mengata plak.. haish..

    BalasPadam
  3. Setuju tu Mr.Ben..orang selalu kata "Budak bertudung yang buat jahat" tapi sy akan kata.."Budak jahat yang bertudung"..
    Nape la nak kaitkan tudung tu kan..tudung tu bukan isunya...wallahualam..

    BalasPadam
  4. lagi x suke statement 'blom smpai seru tuk bertudung'...once dah dilahirkn sbg muslim spatutnye bersyukur n amalkn ajaran Islam..tutup aurat tu wajib n xperlu diseru..:D

    ::zmn skrg pmakaian xmmpu mngukur keperibadian sso::

    BalasPadam
  5. perangai manusia kan bermacam-macam...;-P

    BalasPadam
  6. At least bila dia dh bertudung dgn ikhlas, dh lepas dosa dia. Ni dahla tudung pun tak pakai, perangai pun hodoh. Lagi berganda dosa..Nauzubillah

    BalasPadam
  7. kite xleh nk hukum seseorg...
    biala die dgn ALLAH...
    kite nasihat mne yg mampu...
    kalo die bertdg tuh kre bersyukr jela..
    andai belkang kite die ada wat jaat kn...tuh blakang kre la..tuh bia die dgn ALLAH..

    tdg tuh fesyen ke??ok pe dgn berfesyen kite tarik kaum hawa utk menutup aurat..kn3??
    nawaitu tuh hnye die dgn ALLAH..
    kite xde hak nk nilai manusia sesme manusia..
    Wallahualam..

    BalasPadam
  8. kenapa la "tudung " jadi mangsa..
    at least dia tutup aurat...
    yang dia wat perangai tak elok uh dosa lain..

    BalasPadam
  9. kalo ckp tentang org lain da kira mengatakan..jadik ckap ttg diri sendiri...aku ni xpkai tudung jugak TAPI tak bermakna tak bermoral..slagi upaya mjaga diri...baik-jahat seorg perempuan bkn terletak pada tudung...jadi berhentila salahkan tudung...

    BalasPadam
  10. xperlu nak menilai or menghukum org..
    tilik diri sendiri cukup
    wartawan tu pun sebarkan cerita tue
    entah2 fitnah semata
    dan sesungguhnya fitnah lagi keji kowt..

    BalasPadam
  11. bagi aku,kalo betul la artis bertudung tu berperangai cam tu, mmg la dia xbaek. tp kalo xbetul, SS lg xbaek..dok tuduh org berzina tanpa bukti. walaupun dia xckp scr kasar, tp aku tau dia msti maksudkan tu..esp bila dia ckp g malam buta n balik siang...

    SS tau x hukum menyebar fitnah tu camna pulak?


    p/s: tengok diri sendiri dulu. kalo diri sendiri pon senget, jgn sibuk nak cakap org senget...

    BalasPadam
  12. tudung dan hati umpama bekas kaca dan air.air bersih dimasuk dlm bekas kotor,akn nmpk kotor.bekas yg kotor dimasukn air bersih akn kotor juga.jadi kedua2 kena bersih,barulah sempurna.renung2lah...

    BalasPadam