Peringatan dari kawan ..

by - Sabtu, September 11, 2010

Terpulang pada korang semua tapi aku dah bilang berkali kali dan jangan sampai korang jadi mangsa ..

Dunia Internet ni , satu dunia yang tak boleh dijangka langsung akan aktivitinya tapi yang pasti mereka yang suka mengambil kesempatan terlalu tinggi bilangannya ..

Pagi ni , setelah aku dapat keyword akak liya , aku menyelongkar sebentar laman web tersebut .. Agak terkejut jugak aku kerana majoriti gambar gambar yg berada dalam tu adalah gadis melayu yang mana aku rasa dia mengambilnya dari laman laman sosial di internet ini .. Gambar gambar wanita tersebut ada yang bertudung dan juga tidak .. Tapi yang pastinya mmg jenis gambar yang 'seksi' ..

Sekarang ni , gambar wanita bertudung menjadi sasaran mereka yang dah rosak otaknya .. Mereka lebih tertarik pada wanita bertudung dari tidak kerana sekarang ni wanita bertudung lebih seksi dari tidak bertudung.. Aku rasa korang faham maksud aku ni kan ..

Aku pasti Syawal ini lebih banyak gambar yang akan diuploadkan ke dalam internet .. Satu je pinta aku sbg seorang rakan , hati hatilah.. jika korang rasa gambar tu tak sepatutnya berada dalam internet , maka simpan saja .. tapi sebaiknya musnahkan kerana kita tidak jangka apa yang akan datang kelak .. Handphone ilang .. kamera ilang ... kalau gambar tu ada dalam tu ??

Pucuk pangkal , segalanya terletak di tangan korang sendiri .. Jangan teriak tiba tiba gambar korang lak ada dalam laman web yang .. hurmm...

Sama sama kita mengelakkannya ..

You May Also Like

4 comments