Senat Perancis haram purdah

by - Khamis, September 16, 2010

 

PARIS: Senat Perancis meluluskan rang undang-undang pengharaman memakai purdah di kawasan awam dan tempat lain, keputusan yang membabitkan kurang 2,000 wanita Islam, tetapi dilihat sebagai simbol mempertahankan nilai dan budaya tempatan.

Rang undang-undang diluluskan dengan 246 menyokong dan satu menentang, langkah terakhir sebelum pengharaman itu diluluskan sebagai undang-undang. Rang undang-undang itu diluluskan di Dewan Rakyat, Julai lalu.

Ia bakal menjadikan pemakaian purdah suatu kesalahan, termasuk yang dipakai pelancong di kawasan awam dan tempat lain.

Rang undang-undang pengharaman itu menetapkan denda AS$185 (RM582) bagi wanita yang memakai penutup muka. Denda juga dikenakan kepada orang yang didapati memaksa wanita memakai purdah, manakala denda AS$38,000 (RM121,600) dan penjara setahun dikenakan jika wanita dipaksa memakai purdah di bawah umur.

Bagi umat Islam undang-undang itu adalah satu lagi tamparan kepada agama kedua terbesar di Perancis dan meningkatkan risiko Islamofobia di negara yang mana masjid dan rumah ibadat lain sering menjadi sasaran kebencian.

Tetapi, ada wanita termasuk Kenza Drider berikrar terus memakai penutup muka, walaupun ia diharamkan dan menegaskan beliau lebih rela didenda daripada tunduk kepada ketidakadilan.

“Ini tidak adil dan melanggar kebebasan beragama. Saya akan terus pakai purdah,” katanya. Beliau adalah wanita tunggal berpurdah ditemuramah jawatankuasa Parlimen yang mengambil masa enam bulan sebelum meneruskan langkah meluluskan undang-undang itu. – AP (BHARIAN)

BA: Kalau orang Islam buat , diorng kata kita mencabul hak manusia.. tapi diorg buat ??? Diorg aja yang senantiasa betul .. Takut dengan bayang bayang sendiri betul !!

You May Also Like

1 comments

  1. tidaklah memeranjatkan hatta negara Islam macam Malaysia pun mengharamkan purdah di tempat2 tertentu apalgi negara sekular macam Perancis

    BalasPadam