Sila tarik nafas panjang panjang yer ..

by - Khamis, September 23, 2010

Bayar PTPTN melalui potongan gaji dijangka bermula 2013

SINTOK: Bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui pemotongan gaji dijangka hanya dapat dilaksanakan pada 2013.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini kerana pelbagai kajian serta rundingan perlu dilakukan demi kepentingan semua pihak sebelum ia dapat dilaksana.

"Apa yang disiarkan media mengenai pemotongan gaji bermula Jun 2011 adalah salah kerana pada tarikh itu kita jangka rundingan mengenainya baru selesai.

"Selepas rundingan itu selesai pertengahan tahun depan, kita kena bentang pada Kabinet dan pinda undang-undang bertepatan sebelum melaksanakannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun pada dasarnya kerajaan bersetuju dengan kaedah mewajibkan bayaran balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), namun masa yang sebenarnya belum ditetapkan.

sumber : Hmetro

You May Also Like

2 comments

  1. saya sokong tindakan kerajaan yang mahu melakukan pemotongan gaji melalui LHDN utk menjelaskan PTPTN, Sebabnya pembayaran secara sukarela melambatkan, walaupun ada yg membayarnya tapi berapa peratus je. So, saya sokong sgt2 tak kisah bila ia mula dilaksanakan.

    BalasPadam
  2. betul tu.. kalau otometik dipotong, xdela ptptn tu fenin.. tapi kalau yg pinjam ptptn tapi xdapat kerja mcm mana pulak tu.. ptptn ambik je la mereka bekerja.. potong gaji terus..

    BalasPadam