Tips di malam hari ..

by - Rabu, September 15, 2010

Asik iku aku berjalan sana sini je kan hari ni ? Heheh.. apa kata aku bagi beberapa tips yang aku nak kongsikan bersama .. diambil dan ditaip semula dari majalah RAPI khas buat pembaca ..

  • Harumkan bilik tidur - bilik tidur berbau harum akan membuatkan tidur anda lebih nyaman dan lena. Tida perlu berbelanja untuk membeli haruman tetapi cukup dengan buah limau kasturi. Ambil beberapa biji buah limau kasturi yang ibelah dua. Letakkan di tempat yang sesuai di ruang bilik tidur anda. Bilik tidur anda akan senantiasa harum dengan adanya limau berkenaan.
  • Hilangkan lenguh badan dengan parutan halia - Ambil halia secukupnya . Parut halia tersebut dan campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada keseluruhan badan ketika hendak tidur. Dengan berbuat demikian , badan akan terasa segar ketika bangun tidur .
  • Bedak tampak dinding berlubang - Selalunya dinding akan meninggalkan kesan lubang apabila dipaku. Bagi menghilangkan kesan itu , anda boleh gunakan bedak yang dicampurkan sedikit air .Bancuh sebati.Tuangkan campuran tadi ke dalam lubang itu dan ratakan sehingga dinding kelihatan seperti asal.
  • Elak pedih mata kerana bawang - Untuk mengatasi masalah pedih mata ketika mengupas bawang , simpang bawag yang hendak dikupas di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum hendak digunakan. Bawang akan lebih mudah dan cepat dikupas selepas dikeluarkan dari peti sejuk .
  • Rawat luka dengan daun inai - Jika kulit anda terluka ambil beberapa daun inai , tumbuk sehingga lumat kemudian letakkan pada luka untuk menghentikan pendarahan . Bagi wanita yang baru bersalin atau menjalani pembedahan , makan daun inai tujuh helai pagi dan petang sehingga sembuh ..
Terima kasih RAPI ... banyak tips dari majalah RAPI ..patut dijadikan koleksi ..

You May Also Like

4 comments