Tips nak femeskan blog ?

Cuba makan biskut femes emes.. hehe.. jgn marah ar.. gurau ..

Hurm.. nak femeskan atau nak popularkan blog ? Untuk apa sebenarnya ? Untuk orang kenal kita atau untuk tingkatkan trafik ? Nak tingkatkan trafik tak semestinya popularkan blog jer .. Banyak cara sebenarnya ..

Mesti ada yang nak tau , camana aku popularkan blog aku kan ? Ada yang kata , aku menumpang tuah MAT GEBU .. Kalau tak kerana MAT GEBU , blog aku orang tak kenal .. Yeker ? Hehehe ..

SITI NURHALIZA jadi popular camana ? Nyanyi tepi jalankah ? Dengan menjuarai pertandingan nyanyiankah ? Dengan kawin Datuk K kah ?? Cuba fikir ..

Sbb tu aku kata , cara untuk naikkan blog ni banyak cara .. Kerja keras atau bijak berstrategi .. Segalanya bergantung antara satu sama lain .. Sampan akan hanyut jika tiada dayung kan ?

Aku sendiri gunakan pelbagai cara dan teknik dan sehingga sekarang pon masih belum berjaya... kira boleh bergerak sedikit je la .. Nak kata femes atau popular tu , maaf la yer ..tak langsung .. Dan aku tak nk kejar semua tu.. Serius.. Takut pulak aku skang ni ... Bukan apa , nanti cerita tentang kehidupan aku ada ditangan orang .. Bahaya bukan ? Jadi aku kena hati hati bercerita mulai skang .. Tidak boleh terlalu open ..

Kalau diperhatikan , ramai buat blog tentang TIPS .. blog gitu mmg akan menjana trafik dalam jangka panjang .. contoh blog yang aku maksudkan ialah blog masakan .. Aku tak boleh nak bagi contoh blog lain sebab aku tak tau .. Tak adil la kan buat sesuatu review yang aku tak tau langsung mengenainya ..

Blog masakan , kalau diperhatikan dah mula menarik trafik tinggi sejak Ramadhan lalu sehinggalah sekarang .. Kalau nak dikira femes emes ni , blog masakan lagi fofular .. tapi tak ramai tau .. kan ? hehe.. Sbb apa ? Tu tanya kena tanya mat gebu ..

Berbalik pada keperluan memfemeskan blog ni , aku bagi satu je nasihat.. naik perlahan lahan.. sambil naik kutip segala ilmu yang ada di kiri dan kanan .. bila turun nanti , tinggalkan semua ilmu tu kat atas agar orang dibelakang akan dapat gunakannya nanti .. baru berbaloi berblog ..

Pada blogger baru , korang jangan risau dan cepat putus asa .. bagi masa pada blog korang tu ... kemudian , check niat tu balik.. kalau nak $$ , bolehkah blogging jadi kaya ? BOLEH .. tapi bukan dengan cerita peribadi .. buka mata .. kaji.. Kalau suka suka , maka trafik bukanlah satu perkara yang penting.. Ada atau tidak pembaca , tu semua belakang kira .. Yang penting , dah post ! hehe .. kan ?

Yang penting bila berblog ni ialah HEPI .. Jangan buat entri ketika tensen atau masa jiwa kacau .. cari penyakit .. Ops.. ada satu lagi .. hehe.. perlu ke cerita tentang kekasih hati ?? Apakah akan terjadi sekiranya putus cinta ? Satu dunia dah tahu tentang tu percintaan anda tu.. tiba tiba , haaa... fikirkan yer .. nasihat je ni.. nak ikut , ikut la.. tak nak , terpulang la yer...

Kalau aku masih belajar lagi , aku akan cerita tentang pelajaran .. mana tau ada rakan rakan akan sudi berkongsi ilmu .. kan ? hehe.. Aku nak cerita pasal kerja , tak boleh.. ISA aku nanti.. hahaha.. bos usha dah tu.. hahahha..

18 ulasan:

  1. tq bro utk tips nie

    stuju yg dlm blog kalau leh x perlu cerita kisah cinta .. heehe

    BalasPadam
  2. tips yg bagus abg ben.. thanks..:D

    BalasPadam
  3. he kira okla bos boleh jadi silent reader tetap hehe

    BalasPadam
  4. stujuuu... part yg kisah cinta tuuu. ngeee...

    BalasPadam
  5. yg penting hepi ..
    yg penting dah post ..

    tang tu yg paling saya suka. Sebab saya camtu!! hehe ..

    BalasPadam
  6. setuju juga dengan entry ni..pasnh nak amalkan pulak lah..hehe

    BalasPadam
  7. tq ben..tips yg sgt berguna..

    (aku blog baru yang sdg mencari hala tuju)

    BalasPadam
  8. sokong apa abg ben entry kan!

    BalasPadam
  9. tips ni bagus..setuju sesangat xperlu tulis kisah cinta..malu j kalau putus..

    BalasPadam
  10. haah bro ben.. mmg betul.. Blog masakan sgt popular tapi senyap2 je

    New Entry ProfHariz
    berTweet-tweet di Twitter lebih bergaya dan kacak?

    BalasPadam
  11. tips yg mendalam perlu penghayatan..
    menarik ,nak berjaya mmg bermula dari bawah dahulu baru kita dapat sesuatu..

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah awe selalu bace n3 nasihat dari en ben ni..untul muhasabah diri tujuan blogging..tapi bile ada dah mula cakap negatif pasl blog..sedih gak..huhuh

    BalasPadam
  13. Terima kasih lah kongsi tips, tulah mat gebu tu macam lah bagus sangat..betul tak?...

    BalasPadam
  14. thanks utk nasihat 2... ^^
    mntak izin incik ben nk promote ni.hee

    http://nuriema-daprincess.blogspot.com/2010/09/busuk-la-wey.html

    meh baca jika sudi =)

    BalasPadam
  15. @tengkorakemas Hahaha... Ada Hasrul tersesat di sitok. Hehe. Silent reader ka? Hehe.

    BalasPadam
  16. Tip yang berguna. Thanks Abg Ben =)

    BalasPadam
  17. setuju dengan komen ben ..lagipun kita berblogging ni pun untuk mengisi masa lapang atau ada obektif2 lain. bukan sekadar mengejara populriti je..saya harap blog saya boleh jd macam blog ben yg boleh membrikn informasi kpd pembaca

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009