Aidil bincang dengan keluarga dulu baru dengan isteri ?

by - Isnin, Oktober 04, 2010

KUALA LUMPUR: Pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 23, mahu berbincang terlebih dulu dengan keluarganya berhubung keadaan rumah tangganya yang dikatakan mulai goyah ketika ini.

Aidil Zafuan berkata, beliau masih belum membaca laporan akhbar dibuat isterinya, Rita Rudaini Mokhtar, 34, kerana kesibukan tugas yang digalasnya di dalam dan luar negara.

“Saya baru tiba dari Vietnam untuk perlawanan Piala Millenium Thang Long dan saya tidak mengetahui mengenai cerita ini dan akan melihat laporan akhbar yang dibuat oleh Rita sebelum berbincang dengan keluarga saya.

“Malam ini (semalam) saya ada perlawanan di Seremban dan keesokannya pula, saya akan berada di Singapura selama dua hari...jadi, saya perlukan masa,” katanya ketika dihubungi sejurus tiba dari Vietnam, semalam.

Aidil Zafuan yang tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkahwinannya itu berkata, beliau akan membuat kenyataan sebaik saja mengadakan perbincangan dengan keluarganya dalam tempoh terdekat ini.

Kelmarin, Berita Harian menyiarkan kenyataan Rita mendakwa rumah tangganya bersama Aidil yang dibina atas dasar cinta, mulai goyah disebabkan campur tangan individu tertentu, terutama keluarga mentuanya.

Pasangan itu mencetuskan kontroversi apabila bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 kerana dikatakan tidak mendapat restu keluarga suaminya.

Hasil daripada perkahwinan lebih dua tahun itu, Aidil Zafuan dan Rita dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizkin yang kini berusia setahun tiga bulan. - BHARIAN

Kata BEN : Bagi aku , tindakan dia ni tak kena.. sepatutnya dia balik ke rumah dia dulu .. bincang dengan isterinya dan baru dapatkan pendapat orang tuanya .. Bukan maksud aku nak suruh dia membelakangkan keluarganya ( yg mana dia sendiri telah belakangkan dulu kerana menurut nafsu ) tetapi berbincang dengan isterinya tu dan cari punca .. Kemudian , bawa isteri ke rumah keluarga dan selesaikan secara aman ! Semua masalah mesti ada penyelesaian ..Buat masa sekarang , utamakan anak dari keegoan diri tu !

Kalau berani buat dulu .. sanggup kawin lari demi kerana cinta , kenapa tidak sekarang ? Berkorban demi cinta tersebut ?? Takkan sekarang baru nampak baik buruk masing masing ? Kalau dah nampak sekali pon , takkan tak boleh berubah ? Semua pihak kena tolak tepi rasa ego diri tu .. Kecualilah ... sememangnya dah hilang rasa cinta tu...

Kalau si Aidil ni cuba mengkaji masalah tu dengan melihat laporan akhbar tu saja , cukup tidak adil ! kerana sudah pasti akan ada yang tertinggal .. Sebaiknya , dapatkan penjelasan dari isterinya itu ..

Jangan terlalu ambil jalan mudah ... Ingat juga pengorbanan si isteri tu .. Namun ibu bapa juga perlu menasihati anak agar tidak membuat kesilapan lagi .. Yang sudah tu sudah .. buang yang keruh .. tapis je air guna penapis DIAMOND ..

You May Also Like

12 comments

  1. wah..sempat lg penapis air DIAMOND tuh~

    BalasPadam
  2. yup, setuju sgt, setiap masalah ada jln penyelesaiannya

    BalasPadam
  3. A'ah betul jugak tu. . . .pandai bro bg nasihat. .mang tepat dan mengena lah. .

    BalasPadam
  4. dah agak dah akan terjadi .. kesian .. itulah kalau kawin tiada restu ibubapa .. ikatan perkahwinan tu xde rahmat .. semoga pasangan ini berkesudahan dengan yg baik2 ajer...

    BalasPadam
  5. tapi susah jugak kan bile ade campur tangan dr family..:)

    BalasPadam
  6. kehiduopan berumahtangga memang ada pasang surut... pandai2 le depa selesaikan... jangan cepat melatah, kalau masih ada sayang banyakkanlah bersabar

    BalasPadam
  7. ini akibatnya kahwin ngan budak x cukup matang..dah terlajak baru nak terngadah?x dapek nak nolong..kalau boleh selamatkan..better sebab anak kecik lagi..kalau dah xde pesefahaman..better buat keputusan yang adil..

    BalasPadam
  8. betul lah tu ben..patutnya gitulah..tanya wife dulu kan...semua masalah ada jalan selesai..

    BalasPadam
  9. Betul kata Ben..patutnye bincang ngan isteri dlu...Susah kalo keluarga terlalu mengongkong...

    BalasPadam
  10. dulu taknak pula tya keluarga sebelum kahwin...campurtangan keluarga ni yang buat huru hara..susah dapat lelaki tak matang

    BalasPadam