Apa Jadi Dengan Institusi Agama Kita?

by - Khamis, Oktober 28, 2010

 

Saya melihat laporan media (Malaysiakini) bertajuk “MAIWP mahu lupus 70 penghawa dingin baik” memerlukan perhatian yang amat serius. Perjelasan dan jawapan perlu diberikan oleh pihak berkenaan. Sejauh hal ini berlaku dan ketepatannya?

Sejak sekian lama saya dan beberapa orang lain menyebut tentang adanya perkara yang tidak kena dalam pengurusan harta dan kewangan badan-badan agama di negara ini. Ya, itu telah mengundang rasa tidak puas sesetengah pihak.

Namun, kita terpaksa nyatakan. Apa tidaknya, berbilion wang zakat dan selainnya diperuntukkan untuk umat Islam, tetapi keadaan yang kita lihat terus menyayat hati, sehingga ada keluarga yang terpaksa hidup di bawah jambatan di KL seperti yang dilaporkan media baru-baru ini (Hidup Bawah Jambatan) .

Ke mana pergi segala peruntukan ini. Kita kehairanan, wang zakat ratusan juta, namun si miskin terus menderita. Dapatan zakat berlipat-lipat, si miskin terus merempat.

‘Hantu’ manakah yang mencuri atau menipu wang zakat kita, sehingga yang berhak tidak memperolehinya? Tangan-tangan siapakah gerangan? Jembalang di hutan, atau lebai berserban? yang menggunakan nama syaitan, atau yang menggunakan nama Tuhan? Akhirnya wang umat Islam ketirisan dan kecurian.

Di sini, saya ingin menyebut beberapa perkara, antaranya;

1. Kita perlu memuhasabah semula fungsi zakat dalam negara ini. Sejauh manakah kejujuran, kesungguhan dan ketelusan pengurusan zakat dan selain zakat yang sepatutnya telah lama membangunkan umat Islam. Artikel saya pada tahun 2007 yang bertajuk: “Zakat Berbaki Atau Kita Kurang Bijak Membahagi” rasanya patut dianalisa.

2. Apa yang berlaku di Wilayah Persekutuan adalah isu didedahkan. Kita tidak tahu bagaimana keadaan pengurusan kewangan umat Islam di negeri-negeri lain. Apa yang kita pasti laporan kemiskinan yang menyayat hati terus wujud dipelbagi negeri, sementara kemewahan PUZ juga ternyata di pelbagai negeri. Adakah wujud kesungguhan untuk mereka membaiki keadaan umat Islam? Atau jangan sampai ada mereka yang mengambil kesempatan atas nama asnaf ‘amilin’ (petugas zakat), sedang tugasan tidak setara mana, tapi habuan yang diambil berlebihan.

3. Kewujudan kes-kes yang seperti ini mengikis keyakinan rakyat terhadap pengurusan atau integriti institusi-institusi yang berjenama agama. Ia akan menyebabkan rakyat berfikir mereka tidak patut menyerahkan urusan agama kepada institusi-institusi ini yang sentiasa terdedah kepada pelbagai persoalan yang meragukan.

4. Merubah institusi-institusi ini agar menjelma dalam peranan yang lebih berkesan dan baik amatlah sukar dan bukannya mudah. Ini kait mengait antara satu sama lain. Kepentingan politik, istana, individu dan berbagai lagi. Merubah pemerintahan secara keseluruhan mungkin satu percubaan yang boleh dibuat dalam membaiki keadaan ini. Itupun jika pasukan kerajaan baru mempunyai pemikiran yang bersih, jujur dan terbuka. Jika tidak, hal yang sama akan berulang.

Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin (www.drmaza.com)

You May Also Like

10 comments

  1. saya setuju tentang hal ini..dah lama jugak saya fikirkan tentang ini..musykil tapi malas nak heboh2, lainlah kalau saya ada kuasa...andai saya punya kuasa, ingin je tolong mereka yang susah.........

    BalasPadam
  2. ni memang aku hangin giler la bila majlis agama wat keja cam ni. mengkhianati amanah!!

    ko dah tgk yang ni lum ben?
    http://www.malaysiakini.com/news/146474

    ni pon satu hal gak la tabung haji ni.. aku hangin la pasal aku ni pendeposit tabung haji..

    BalasPadam
  3. ada tngan2 hantu...dok wat kerja hantu kot belakang,,di balik tabir...mcm mana nie,,jgan bikin malu daaa....agama kita yg suci murni

    CPU-Z Pencari Identiti

    BalasPadam
  4. Pasal keluarga yang duduk bawah jambatan tu.. please I DONT GET IT??? Please kalau ada somebody yang boleh terangkan bagi aku paham and jawapan keatas persoalan yang bermain kat benak aku since the first time baca that news few days back...

    The father still young! Muda! Sihat! Bertenaga! kenapa boleh macam tu skali sampai bawak keluarga duduk bawah jambatan. Or ada part from the news yang i tak tahu. tapi Siyesly aku tak paham? Takde orang offer kerja or tanak kerja or tak boleh kerja.

    Kenapa aku masih rasa tak paham? Aku membesar dalam keadaan susah dan tak berharta. adik beradik dan tanggungan parent aku pon besar. Even with sblh mata je yang boleh melihat dgn baik, Tapi tak pernah pulak bapak aku putus asa sampai bawak kami duduk bawah jambatan. Bawak air sirap bungkus jual kat kilang lagi. Bapak aku tak pernah harapkan JKM or anybody bagi anak2 dia makan ok. Maaf lah tapi tu yang buat aku rasa cam tak leh terima keadaan tu.
    Skang ni abah takde.. kakak aku yang OKU tu pun pandai carik kerja utk dapatkan duit and tanggung adik aku yg bongsu, sambung bayo rumah kos rendah arwah abah aku, api air seme2 tu lah.. Seme tu tak free tau. Alhamdulillah disebabkan sikapnya yang tak mengharapkan bantuan sgt and rajin.. lagi raaamaaii yang offer nak hulurkan bantuan, JKM, Perkeso, Zakat, Persatuan Taska etc. Bukan nak memuji melampau or mengeji melampau.. tapi sejauh mana kita dah berusaha bersungguh2 utk meningkatkan hidup kita???????

    Siyess haissshhh.. tolonglah bagi aku paham. Apa masalah derang ni sebenonye sampai daif sgt duduk bawah jambatan huhuhuh...

    Hehehehe.. sorry bro.. teremosi pulak hahahaha...

    BalasPadam
  5. dh bce gak ermmm.. mudah2an pihak yg terlibat dapat menunaikan tanggungjawab sehabis baik..

    BalasPadam
  6. nak minta bantuan pihak zakat, bukan main susah,nak kena isi borang segala le, pastu lum tentu leh dapat pun, tp yg herannye orang yg xsusah sgt leh dpt lak, org yg betol2 susah xdapat lak, diorang kira camner pun xtau arrr. lagi 1 kebajikan masyarakat tu, pelik gak cara diorg, org xlayak leh dpt????

    BalasPadam
  7. En.Ben, sy pun konpius gak la cam cik Maya Ariffin kita tu...Napa smpi leh dok bwh jmbatan ek??? Bila tgk si suami cam shat jeee...Sapa2 leh tak xplain kat kami yg sedikit ke'blur'ran ni...hehe..

    Sy tak arif sgt psl cara pembhagian hasil kutipan pusat2 zakat dan jg institusi2 yg seantara dgnnye..tapikan, 1 soalan la ye...tak leh ke kita mntak diaorg declare brapa byk sumbangan yg diaorg dpt dan listkan kemana duit2 tu smua pegi? Kira declare publicly la...blh ke cmtuh???

    BalasPadam
  8. Cik Maya, sy pun sama gak...tak brapa nak phm kes yg dok bwh jmbatan tuh...Ada sapa2 leh explain tak??

    Yg pasal pengurusan harta dan kewangan badan-badan agama di negara ni ssh nak kata la...Manusia ni tkleh tgk duit byk depan mata...msti 'tgn gatal' tiba2...Tkpe,tkpe...nt kat 'sana' jwb la ngan Tuhan...!!!

    BalasPadam
  9. isu yg tak berkesudahan...

    dari zaman Uni lagi...ade ke alasan dia peruntukan zakat untuk pelajar dah habis....bila org dalam siasat..tu diaaa...juta-juta lagi tak guna...

    BalasPadam
  10. bila tol2 kuar kes nih baru ak sendiri percaya ngan xsignment yg ak tulis sendiri!! tentang kemiskinan.. ada jurnal yg cerita tentang kepincangan pembahagian wang zakat di malaysia. written by penulis dari eropahh.. ak quote pon masa tu sbb saja nak bajet bagus. ak nak tengok pe lect ak nak cakap.. dan... ak kini akhirnya mengaku benda tu betul......... dan ak sgt sedih benda tu betul..

    BalasPadam