Apa kata kita bina jambatan kayu ..

by - Isnin, Oktober 18, 2010

 

image

Ahmad : Nampaknya ada kampung baru di sebelah kampung kita kan , Tuk Ketua ..

Ketua Kampung : Begitulah nampaknya.Makin meriah kawasan kita ini . Sudah pasti kita perlukan jalan penghubung bagi kedua kampung ini.Tapi kalau nak mohon kat kerajaan negeri , entah bila baru boleh dapat .

Ali : Ala.. biar je la diorng tu .. kalau diorg nak ke kampung kita ni , guna je la sampan tu ha.. Dulu kita boleh , takkan la diorang tak boleh kan ?

Ahmad : Eh , mana boleh gitu .. walaupun kita pernah susah dulu tapi kita jangan la bagi orang lain merasa kepayahan kita .. Kita dah tau betapa peritnya nak ke pekan dengan perahu tu , kita jgn bagi jiran kita merasainya.. kan Tuk Ketua ?

Ketua Kampung : Benar tu Ahmad .. Ali , cukuplah apa yang kita rasa dulu .. Skang kita kena ikhtiarkan sesuatu..

Ahmad : Apa kata kita bergotong royong membina jambatan , Tuk Ketua ?

Ali : Apa ? Jambatan ?? hahhaha.. tak payah laa... kang tak sampai sejam , dah runtuh !  Hahaha..

Ketua Kampung : Ali , kamu ni berfikiran negatif betul la.. Kita bina pon belum tapi dah fikir yang bukan bukan .. Kita mintaklah pertolongan dari pihak kerajaan negeri untuk menyediakan pakar bagi membina jambatan sementara menunggu jalanraya bagi menghubungkan kedua kampung ini nanti .

Ahmad : Benar tu tuk ketua.. Saya setuju sangat la tu .. hurm.. tak lama lagi , kita pasti mempunyai ramai lagi kawan baru . Disamping itu kita pasti dapat meluaskan lagi perniagaan kita . Waah... biar susah dahulu kan Tuk Ketua ?

Ketua Kampung : Benar tu .. Yang penting adalah kerjasama . Kita perlukan pendapat dan juga cadangan bagi memajukan lagi kampung ini . Bukan kejian atau kritikan . Jika kritikan disusuli dengan idea atau pendapat lain , tak pe la juga tapi ni tidak .. Pandai je mengkritik tapi tak bagi buah fikiran .. Camana la orang kita nak maju ..

Ali : .....

Ahmad : Sokong tuk Ketua... Mmg patut kerajaan naikkan elaun ketua kampung ! hahahah...

You May Also Like

4 comments

  1. yup..
    skong tok ketua ngan ahmad..
    susah dhulu sng kmudian~

    BalasPadam
  2. HEHEH tok ketua nak naik gaji ye...

    BalasPadam
  3. Hehehe..baru semangat nak jadik tu ketua ye?

    BalasPadam
  4. aku sokong bab tok ketua naik elaun jer...hihihi

    BalasPadam