Azmin kata pemimpin 'tersungkur' itu Dr. Mahathir

by - Selasa, Oktober 05, 2010

 

Bagi aku.. Azmin sungguh kurang ajar !!! Siapa dia nak kata seorang tokoh negarawan itu sebegitu rupa ?

Belum pernah tabur jasa pada negara ini tapi dah berlagak ! Huh .. kot ye pon hormat la skit .. tak suka sekali pon kena tau mana yang tua mana yang muda ! Macam dia tu takkan tua satu hari nanti .. Rasanya nanti bila tua , ada ke orang nak kenang dia ???? Huh ! Sekurangnya dunia kenal sapa itu MAHATHIR ... MALAYSIA dan MAHATHIR tidak dapat dipisahkan.. sampai bila bila ! JASANYA tetap terpahat di hati kita !!

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali mengakui pemimpin yang dirujuk sebagai 'tersungkur' di Australia dalam satu ucapannya hari ini ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Malah, beliau dengan angkuhnya menyatakan, perkataan tersungkur itu langsung tidak kasar tetapi sebaliknya amat sesuai dirujuk kepada negarawan itu.

"Itu istilah yang agak lunak untuk kita dengar kerana kedegilan beliau bersekongkol dengan Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) yang memperjuangkan fahaman perkauman sempit.

"Dr. Mahathir sepatutnya sebagai bekas pemimpin harus mengambil tanggungjawab lebih besar kerana negara ini boleh maju apabila fahaman sempit ini dibuang," katanya.

Beliau ditemui selepas menyampaikan ucapan perasmian mesyuarat agung tahunan PKR Cabang Gombak di sini hari ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berikrar akan melawan habis-habisan Perkasa dan individu berselindung di sebalik pertubuhan itu yang kini 'tersungkur' di Australia.

Sementara itu, ditanya adakah individu yang turut dikritik secara terbuka dalam ucapannya merujuk kepada Datuk Zaid Ibrahim, Azmin mengelak dengan menyatakan bahawa ia sekadar kenyataan umum.

sumber - UTUSAN

 

Kenyataan Azmin tidak cerminkan akhlak yang baik - Muhyiddin

KOTA KINABALU 4 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang menggambarkan Tun Dr. Mahathir Mohamad 'tersungkur' sebagai tidak wajar dan tidak mencerminkan nilai akhlak yang baik sebagai seorang pemimpin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kenyataan Azmin terhadap bekas Perdana Menteri itu juga menunjukkan kepimpinan PKR mengetepikan nilai kemanusiaan dan amat bercanggah dengan adab sopan rakyat negara ini.

"Kenyataan itu sebenarnya bercanggah dan tidak seharusnya timbul kerana kita patut menghormati (bekas Perdana Menteri), tak tahulah kalau itulah nilai kepimpinan PKR yang tak mahu beri penghormatan.

"(Tindakan mereka) hanya untuk kepentingan politik sahaja.., kalau dilihat (dari) sudut politik, (mereka) boleh menghalalkan segala-galanya.

"Tetapi kita sebagai manusia, ada nilai, ada akhlak, ada moral dan ada penghormatan serta penilaian sewajarnya diberikan kepada seorang negarawan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Pelancongan Sedunia di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun dan Setiausaha Agung Pertubuhan Pelancongan Sedunia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO), Talib Rifai.

Semalam ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Gombak, Azmin menyifatkan Dr. Mahathir yang sedang menerima rawatan di Melbourne, Australia sebagai pemimpin yang sedang 'tersungkur' di negara itu.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata, beliau memberi sindiran itu kerana kedegilan bekas Perdana Menteri yang bersekongkol dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang didakwa memperjuangkan agenda perkauman sempit.

Sementara itu, menurut Muhyiddin, sebagai negarawan ulung yang banyak berjasa kepada negara, semua pihak harus menghormati bekas Perdana Menteri itu.

Malah katanya, semua pihak juga seharusnya sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Dr. Mahathir.

"Tun Mahathir adalah seorang negarawan ulung yang sudah banyak berjasa kepada negara, apa pun pandangan beliau mengenai pelbagai perkara, kita sebagai rakyat mesti memberi penghormatan.

"Kita seluruh rakyat Malaysia mendoakan supaya beliau cepat sembuh dan dapat balik semula bagi beri khidmat kepada negara dalam kapasitinya sebagai bekas Perdana Menteri," ujarnya

sumber : UTUSAN

You May Also Like

7 comments

  1. Memang sungguh tidak patut beliau berkata demikian..

    BalasPadam
  2. giler betul la dia ni
    ckp x berdasarkan fakta lgsg la azmin ali

    BalasPadam
  3. kurang ajr btul dia tu... dh la xda apa2 sumbngan kat negara... ckp jer besar...

    BalasPadam
  4. tak baik cakap orang tue macam tue..
    Dr Mahathir tue walau macam mana pon dia tak suker, dia kenalah hormat jugak...jasa dia menjaga kepentingan orang melayu tetap ada...

    BalasPadam
  5. org politik mmg macam tu..bab2 kutuk org no 1..tak beri cntoh yang baik pada rakyat..mcm ni nak jd pmimpin?
    Ceq tak kisah apa pun idealogi politik depa..tapi hormat org lain itu perlu..
    Sedangkan org bukan islam bleh hormat dia,ni kan sesama islam..
    Ceq tak Respek langsung si Azmin tu dari dulu lagi..
    Glamer sebab si Anwar tu ja..

    BalasPadam
  6. memang patutla tun mahathir merajuk dulu,
    sebab masih ada org melayu xhargai jasa dia,
    sedeynye ;(
    kalau tun x majukan malaysia smpai thp ni,
    kita xkan dpt hidup selesa skrg taw ;)
    -kata2 ikhlas,tiada agenda politik-

    BalasPadam