Bila polis rogol anak polis

by - Selasa, Oktober 12, 2010

Haih.... harapkan pagar .. pagar sendiri reput !

MIRI: Seorang anggota polis dijatuhi hukuman maksimum penjara 20 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah merogol anak anggota polis lain di kuarters Ibu Pejabat Polis Marudi di sini, Oktober tahun lalu.

Konstabel Haziq Jumat, 25 yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Marudi, didapati bersalah melakukan kesalahan itu pada jam 4.30 pagi, pada 30 Oktober 2009.

Hakim Awang Krisnada Awang Mahmud ketika menjatuhkan hukuman itu berkata, perbuatan jijik anggota polis itu tidak seharusnya berlaku, apa lagi beliau seorang anggota pasukan keselamatan.

Justeru kata beliau, hukuman berat harus dikenakan terhadap tertuduh sebagai teladan kepada anggota pasukan keselamatan yang lain.

“Hukuman ini wajar dijadikan pengajaran kepada individu lain supaya tidak melakukan perbuatan terkutuk ini terutama di kalangan anggota pasukan keselamatan mahupun orang awam,” katanya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan.

Mengikut fakta kes, tertuduh menceroboh bilik mangsa yang ketika itu sedang tidur menerusi tingkap dan mengacukan pisau serta mengarahnya membuka seluar, sebelum merogolnya.

Tertuduh ditahan polis selepas mangsa berusia 20 tahun yang bekerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di sini membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada keesokan hari.

Awang Krisnada berkata, selepas mendengar hujah dan fakta daripada pihak pendakwa, mahkamah mendapati pendakwa raya berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Beliau berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab tertuduh itu telah merosakkan masa depan mangsa.

sumber : Bharian

You May Also Like

9 comments

  1. Adoi la. . .polis pun buat hal. .

    BalasPadam
  2. haha.. adoi susahnya diorg ni.. dah namanya polis tp nk buat mcm tu pula.. x layak!

    BalasPadam
  3. eloklah hukuman berat yang telah di jatuhkan semoga menjadi pengajaran pada yang lain

    BalasPadam
  4. Polis yang tak bleh diharap, sepatutnya dia yang jadi pelindung bukan pemusnah. Bagus la kena penjara dan sebatan.

    BalasPadam
  5. 2,3 hari lepas pak guard rogol budak kolej sendiri. ngeri xngeri. better dduk rumah sewa sendiri. insyAllah rukun tetangga boleh dipercayai.

    BalasPadam
  6. ade 1 kisah dlm berita minggu lps, kalau tak silap MDT, budak 6 thn kena rogol dgn suami pengasuh yg juga kawan baik kpd ayah mangsa..
    dirogol bila pengasuh[isteri] keluar pegi kedai..

    bongok tul la dorang ni..budak 6 thn apelah yg dorang tau..sob..sob..

    BalasPadam