Gua Musang “Kampung Wifi” pertama di Kelantan

by - Selasa, Oktober 26, 2010

 

GUA MUSANG 26 Okt — Gua Musang menjadi jajahan pertama di Kelantan menerima perkhidmatan melayari internet tanpa wayar secara percuma melalui program “Kampung Wifi” melibatkan 30 buah kampung dalam jajahan itu.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri, Dr. Rais Yatim berkata, selaras dengan usaha kerajaan memberi kemudahan itu kepada semua lapisan masyarakat termasuk di luar bandar, kementeriannya akan melaksanakan Kampung Wifi secara berperingkat dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata perkara itu sudah dirancang lebih awal lagi kerana kerajaan mahu rakyat di semua peringkat sama ada di bandar atau luar bandar menikmati kemudahan terbabit secara sama rata.

"Buat kali pertama di Kelantan kita lancarkan dahulu Kampung Wifi di Gua Musang kerana ramai penduduk menunggu-nunggu perkhidmatan itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kampung Wifi di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Sungai Terah, di sini hari ini.

Turut hadir calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas, Abdul Aziz Yusoff, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Khalid Ramli dan ADUN Paloh, Datuk Nozula Mat Diah.— Bernama

-UTUSAN ONLINE-

You May Also Like

11 comments

  1. cantikkk lepas ni singgah berenti makan kat situ,leh la surfing tenet percuma haha

    BalasPadam
  2. bestnya kalo ada barang free ni...nak juga..tapi bila lah kat sabah ni ada perkhidmatan mcm tu yer..huhu

    BalasPadam
  3. wah...bagus tu.
    harap2 kemudahan yg disediakan itu diguna sebaik mungkin oleh penduduk di sana.

    BalasPadam
  4. lepas sy tinggalkan gua musang barulaaah segalanya nak maju..

    time dulu2 tak mau majukan pulak..
    hehehe...

    BalasPadam
  5. untung bila da pilihan raya..hak hak hak

    BalasPadam
  6. nk pilihanraya ni, mcm2 la nk buat.. tmpt lain x bunyi kabar pon.. pape pon, smoga rakyat di gua musang dan kelantan semakin ramai celik IT.. loni pon ramai dh.. kalu blh, semua org pandai guna internet ni..^^

    BalasPadam
  7. Harap dapat di sebarkan di seluruh negara secepat mungkin

    BalasPadam
  8. tu kampung saya tu en.ben...hihihi...
    ala, diorng buat tu sbb nk p/raya je...

    BalasPadam
  9. BA; Wah bestnya.....tahniah utk sume yg terlibat!

    BalasPadam