Hati- hati bila keluarkan duit di ATM !

by - Rabu, Oktober 06, 2010

 

KUALA TERENGGANU: Polis mengesahkan sindiket antarabangsa yang dikenali sebagai 'geng tepuk bahu' untuk menukarkan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) memiliki kemahiran membaca nada bunyi pada papan kekunci nombor mesin ATM bagi membolehkan mereka mengetahui nombor pin ditekan mangsa.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata kumpulan itu didapati bergerak antara dua hingga tiga orang dan berlegar di bank dengan masing-masing mempunyai tugasan sendiri iaitu mendengar nada nombor pin ketika mangsa membuat pengeluaran, memerhatikan gaya dan pergerakan mangsa selain menabur wang di lantai bagi mengalih perhatian mangsa ketika menukarkan kad ATM di mesin.

Beliau berkata, kelalaian segelintir pengguna mesin ATM yang kurang peka untuk mengamalkan ciri keselamatan seperti mengelakkan jarak ketara dengan mesin ATM ketika melakukan pengeluaran wang memudahkan lagi penjenayah menjalankan kegiatan.

"Segelintir pengguna kurang peka untuk mengutamakan aspek keselamatan ketika mengeluarkan wang di mesin ATM. Mereka mungkin menyangka selamat apabila merasakan orang tidak tahu nombor pin keselamatan mereka, tetapi sebenarnya kadang kala tindakan menjarakkan diri dari mesin ATM membolehkan nada pada papan kekunci dibaca dengan lebih jelas.

"Kesempatan inilah yang digunakan penjenayah dan ia dibuktikan selepas kita menyoal siasat tiga rakyat asing yang ditahan di Chukai, Kemaman pada 19 Ogos lalu," katanya.

Akhbar pada Ogos lalu melaporkan, polis menahan tiga warga Peru berusia 30-an hingga 60 tahun mengikut mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 kerana dipercayai terbabit dalam sindiket menipu dengan taktik menepuk bahu mangsa, sebelum bertindak menukar kad ATM dalam kes membabitkan kerugian hingga RM30,000 dalam tempoh dua bulan lalu.

Difahamkan, kumpulan berkenaan kebiasaannya memilih mangsa yang mempunyai banyak wang di dalam akaun melalui pengamatan terhadap cara pemakaian dan kenderaan mangsa.

Mohd Shukri berkata, hasil siasatan, kebolehan membaca dan mendengar bunyi nada nombor pin itu hanya dimiliki seorang daripada tiga suspek.

sumber : Bharian

You May Also Like

6 comments

  1. salah guna nikmat...
    macam2 hal dalam dunia ni huhu

    BalasPadam
  2. taw xper...kene berhati2 jika nak keluarkan duit kat ATM.....bahaya taw... aku sentiasa berhati2....

    pakai tudung ala-ala tudung tin biskut:sekejap tutup sekejap buka

    BalasPadam
  3. mcm2 cara nak menipu, risau jer walaupun nak kluar kan duit sendiri

    BalasPadam
  4. alamak!! baru balik dr maybank k.t'ganu...bahaya btul...

    BalasPadam