Kena fikir orang lain jugak !

by - Isnin, Oktober 18, 2010

 

image Gambar Hiasan

Semalam sewaktu aku di Terengganu semalam , sedang aku memandu dalam kelajuan biasa tiba tiba lalu sekumpulan kenderaan pengiring VVVIP  .. aku tak pasti sapa punya tapi banyangkan mereka lalu dengan dengan lalu dan 'makan' setengah jalan kereta bertentangan.. Er, kiranya laluan aku tu diorng masuk laa... tapi setengah jer .. Yang tak menariknya , yang mengetuai kat depan tu menyuruh semua kereta yang berada di laluan aku tu , ketepi !!

Yang tak patutnya ialah , kenapa diorng pandu laju sangat ! Aku sendiri tak perasan diorng tu masuk ke laluan aku !! Bayangkan jika bertembung ??? Aku bawak Myvi jer.. diorng tu pacuan 4 roda .. sapa teruk ????? Cukupkah sekadar membayar pampapasan walaupun aku kehilangan nyawa ??? atau nak buat apa duit kalau aku dah cacat ??? 

Sepatutnya perkara perkara begini pihak berkenaan kenalah amik berat .. jgn korbankan nyawa orang lain demi 'URUSAN RASMI' VVVIP tu !!

Perkara ni bukan saja berlaku di situ tapi mana mana tempat yang melibatkan VVVIP bila lalu !

SILA BERI LALUAN .. SILA BERI LALUAN .. Yang memandu kat depan ni jadi kelam kabut.. terkejut beruk bila kena 'halau' gitu.. Kalau pemandu tu baru memandu sehari dua , camana ??

Sebaiknya cari alternatif yang lain. Jgn sampai ada nyawa terkorban dan baru la " SIASATAN AKAN DIBUAT " ... Tak guna beb !

BA : Darah sama sama merah yer ...

You May Also Like

20 comments

  1. Btul tu abg Ben..
    Jalan raya dikongsi bersama dan masing2 juga ada hal sendiri jugak..
    Sayangilah nyawa insan lain kan abg Ben...:)

    BalasPadam
  2. Setuju..nasib baik pak tua kerabat berdarah "merah"..

    BalasPadam
  3. orang besar...jiwapun besar...berkuasalah konon...ermm

    BalasPadam
  4. kata rakyat diutamakan..gitu kerr..??

    sy pernah xcident sbb vvip mcmtu dulu..
    tgh sarat ngandung, perut dah dkt stering dah, tetiba bkn main laju lg soh org ketepi2..siap hon2 lg, konon urgent sgt la..
    sy yg terkejut yg amat2, dan keta perdana vvip + moto polis tu dah makin menghimpit, terputar stering sepenuh hati..dummm, langgar ngan besi pembahagi jln... nangis...soknya terus bersalin... dan keta ketuk+ cat kena rm600 ...

    smpai skrg yg mmg nyampah ngan vvip yg konon urgent sgt & rakyat diutamakan tu..

    BalasPadam
  5. dah lama aku tak puas ati hal nie... huhu

    BalasPadam
  6. ceq bru ja crita pasal ni kt blog ceq..
    ceq mmg anti la jnis2 macam ni..mntang-mentang depa org besaq..depa buat mcm ni..geram btoi la...

    BalasPadam
  7. yup.. benda nie patut perlu pembaikkan.... walau pun nak cepat tapi jangan la sampai orang lain jadi masalah.... terkezut jugak kekakdang tetiba siren.. mula la jantung berdetak laju walau pun rerasanya tiada kesalahan di buat... ehehehe

    BalasPadam
  8. betul tu .... ana pun pernah kena

    tiba2 aje polis trafik dgn selamba terjah dan arah berhenti.

    BalasPadam
  9. perkara tuh mmg sudah lama trjadi abg ben...tp apa yg kita leh buat. itulah org malaysia, bila ada kuasa sket tunjuk act...nyawa org lain tak pikir dh...

    BalasPadam
  10. tak ada letak pun kat tepi jalan papan tanda laluan untuk VIP ke VVIP.. jadi pihak berluasa yang iringi kenderaan berkenaan tu jangan la taksub sgt nak halau pemandu lain untuk kasi laluan..

    BalasPadam
  11. banyak kali kene kt highway...tekejot berok tetiba konvoi vvip ni meluru dari blakang..gile laju...tak nyempat2 nak tuka lane..makan 1 setengah lorong..gile ahh...

    BalasPadam
  12. diorang dah lambat la tu... bukan lambat 5 minit.. tapi, dua jam!

    BalasPadam
  13. berapa orang jer kenamaan yang ada helikopter sendiri... senang tak kacau jalan orang lain...

    BalasPadam
  14. padahal bukan VVIP tu nk kejo sesangat tempat nk dituju.....beria2 laju cam nak terBe**k je....ntah hapa2 ntah...

    BalasPadam
  15. aku dulu bawak moto, sorang polis trafik yang jadi pengiring tu siap sepak kepala aku dari belakang lagi. nasib baik pakai helmet. ko bayangkan kurang ajar ke tak camtu?

    BalasPadam
  16. BA: Sume org pon bernyawa kannnnnn......kena fikirlah jg....

    BalasPadam