Kenny Rogers Alamanda dan Pejabat Pos PWTC , Terbaik !

by - Khamis, Oktober 14, 2010

Aku nak amik kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat Kenny Rogers Alamanda kerana layanan yang tidak berbelah bagi walaupun dah nak tutup .. Senyuman tetap diberikan tanpa rasa jemu .. Begitu juga ucapan terima kasih yang tidak lekang dari bibir mereka ..

Dan buat kakitangan Pejabat Pos PWTC , sememangnya dari dulu , mereka senantiasa memberi layanan yang terbaik pada pelanggan mereka.. Tidak pernah sekali aku dgr mereka meninggikan suara ketika beurusan dengan pelanggan.. Malah barang aku yang tertinggal di situ pun mereka menyimpan dan memulangkannya tanpa banyak soal apabila aku menanyakan kepada salah seorang kakitangan pejabat pos tersebut... Azira namanya .. Terima kasih ..

Teruskan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan anda !!!

You May Also Like

9 comments

  1. pejabat pos shah ala jugeee. weeeeeeeeeeeee

    BalasPadam
  2. BA: seronok berurusan dgn kakitangan yg cam gitu....:)

    BalasPadam
  3. Customer service tu yg kita hargai..:)

    BalasPadam
  4. Sama2 Enche Ben...mat gebu wakilkan dia orang..Rajin2lah singgah yea lain kali..

    BalasPadam
  5. situasi kat the mines..ni psl KFC the mines..lebih kurang kenny Rogers alamanda juga..walaupun dh lebih masa keje..dorang tetap senyum dan beri layanan baik pd pelangan..manakan tidak..dah lbih kul 10..masih pnjng yng beratur untuk beli KFC..ermm..alhamdulilah..msh ada yang begitu..thanks KFC the mines..

    BalasPadam
  6. tak ramai yang nak memberi penghargaan bila mendapatkan perkhidmatan yang terbaik, tapi ramai yang mengutuk bila perkara sebaliknya berlaku.

    BalasPadam
  7. Kalau nak bisnes bertahan lama...macam tu la caranya...memberikan perkhidmatan yang terbaik pasti akan kita kenang sampai bila2...

    BalasPadam
  8. kenny alamanda mmg bagus... lalu keluar masuk.. semua serentak say thank you.. come again.. hehehehe

    BalasPadam
  9. Kenny Rogers alamanda bagus tapi kenny rogers the curve tu hampeh! Kenapa ya dgn pekerja2 kat situ? Nampak customers berdiri tercongok je kat depan tu pon boleh wat tatau je. Ada signboard 'Please wait to be seated.', tapi kalau nak tunggu dan harapkan diorang gak memang kami takkan dapat duduk ler jwbnya. Ok fine, kami gi cari tempat duduk sendiri. Dah duduk, nak panggil untuk order pun susah! Yaa ampunn.. Nak kata buta, mereka ni nampak kita dok melambai2 panggil tapi boleh buat muka bodo selamba. Dah la muka sekor2 tu masam mencuka!

    Kalau tak suka melayan customers, jgnlah keje kat situ. Dan jgnlah menyusahkan customer yg ada anak kecik yang dah kelaparan dan nak makan her favourite macaroni and cheese kat situ. Ishhh! Memang hangin satu badan!! Bila dah kena tengking dgn my hb, barulah kelam kabut datang kat meja kitorang.. Lain kali kitorang kebulur macam mana pun, takkan jejak kaki dah kat kenny rogers the curve tu! Serik!!

    Tak faham dgn attitude sesetengah orang, keje melibatkan berurusan dgn org ramai tapi pemalas! Buat keje tu sepatutnya biar ikhlas, senyum dan ramah dengan pelanggan. Janganlah makan gaji buta je..

    BalasPadam