Komplot larikan bekas Sultan Kelantan !!

by - Selasa, Oktober 05, 2010

 

KOTA BHARU 5 Okt. - Istana Mahkota hari ini membuat satu laporan polis berhubung penerimaan khidmat pesanan ringkas (sms) mengatakan bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra akan dibawa lari ke Thailand.

Laporan dibuat Pegawai Tentera Istana Mahkota, Zahari Bakri di Balai Polis Kubang Kerian kira-kira pukul 10.50 pagi tadi.

Zahari yang hadir bersama seorang kakitangan Istana Mahkota ketika ditemui pemberita berkata, beliau menerima satu SMS daripada individu yang tidak dikenali pada pukul 9.21 pagi, 21 September lepas memaklumkan ada pakatan jahat untuk membawa lari Sultan Ismail Petra melalui jalan darat ke Thailand.

Katanya, sms itu berbunyi: "salam, mohon kawalan ketat dan rapi di sempadan

(Kelantan-Thailand) ini kerana maklumat yang diperolehi ada pakatan jahat untuk membawa lari Sultan Ismail Petra melalui jalan darat ke Thailand.

“Minta dikeluarkan serta-merta arahan ini kepada semua yang bertugas di sempadan untuk bersiap sedia untuk menyekat niat jahat ini.

“Marilah kita berdoa semoga Sultan Ismail Petra selamat dari golongan yang zalim. Please take nec action. Apa yang mungkin berlaku mereka ini akan menjadikan kem tentera sebagai tempat untuk

berlindung. Elakkan dari perkara ini berlaku atau dituduh bersubahat."

Selain sms itu, katanya, beliau turut membaca satu laporan di sebuah laman blog 'The Kelantan Insider' pada 4 Oktober lalu yang bertajuk 'Posting 45: Sultan Ismail Petra akan dibawa lari ke Thailand?' - Bernama

sumber : UTUSAN

Kata BEN : Huih... takkan sampai gitu sekali kot ???? Adeh...

You May Also Like

11 comments

  1. Mak aih..bwk2 lari ni terasa mcm zaman kesultanan melaka jer.mcm2 la sekarang ni..kalo la betul sultan terlepas bwk lari..inikan kita yang rakyat biasa ni..adus..

    BalasPadam
  2. mcm2 kes la melibatkan kerabat diraja Kelantan ni.Lepas satu kes..satu kes..Kalau dulu kerabat diraja Pahang paling glamer..Last2 Kelantan plak..cayalah..
    hahahahhaa

    BalasPadam
  3. nape lak nak dibawak lari..kan penat tu... :P

    BalasPadam
  4. isy..isy..ape nak jd ni smpai nak bwk lari..moge sume selamat hendaknye..Aminnn..

    BalasPadam
  5. sory ben lari tajuk..ade pergi ke mydin putrajaya tak ahad lepas..mcm ternmpak seorang lelaki yg mcm muka ben lah..

    BalasPadam
  6. hehe..ahad eh ... ermm... ahad... erm... ahad... erm...aah... mmg ben.. pakai baju.. erm...color .. erm..hitam.. heheh..

    BalasPadam
  7. semakin pening & menggaru kepala...

    BalasPadam