Melaka Maju .. erk... sat.. lom maju betul lagi ni..

by - Rabu, Oktober 20, 2010

 

image

Monorel Melaka berhenti tiba-tiba 4 jam selepas dirasmikan

MELAKA 20 Okt. - Tidak sampai empat jam ia dilancarkan, perkhidmatan monorail di Stesen Hang Jebat, Taman Rempah di sini terhenti secara tiba-tiba ketika orang ramai berada di dalamnya.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4.30 petang tadi, sebaik sahaja pengangkutan awam termoden di negeri ini itu dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di sini pada pukul 1 petang.

Ketika kejadian, terdapat kira-kira 20 penumpang di dalam monorel tiga gerabak itu yang terhenti secara tiba-tiba kira-kira 100 meter selepas bertolak dari Stesen Hang Jebat, Taman Rempah.

Tinjuan Utusan Malaysia di stesen tersebut pada pukul 5.15 petang ini mendapati sebuah jentera 'sky lift' sedang sibuk melakukan kerja-kerja pembaikan di gerabak monorel tersebut yang masih berada dilandasannya. - Utusan

Bagaimanapun difahamkan, kesemua kira-kira 20 penumpang berjaya dipindahkan ke kawasan selamat menggunakan 'sky lift' kira-kira pukul 4.45 petang.

sumber : UTUSAN

You May Also Like

11 comments

  1. salam..
    ish2..4jam je operasi?
    okla tu..at least ade jgk monoreal..huhu~

    BalasPadam
  2. huhu..nama je maju..byk lg yg x maju sbnrnya..hurm.

    BalasPadam
  3. Biasalah baru beroperasi...insyaallah tidak akan timbul sebarang masalah.

    BalasPadam
  4. biasalah tuh..sedangkan monorail kat kl pun selalu bermasalah...dah bertahun2 pun ada je masalah..

    BalasPadam
  5. btul2..ne x maju lagi namenyer..ne duk mengejar title maju je kijenyer..hurm..

    BalasPadam
  6. adoi...buat malu aku sebagai rakyat melaka je..huhuhu
    gerun2!!dahla tiang kecik je..

    BalasPadam
  7. maju la tu..org melaka dah bleh naik sky lift plak.. keh keh keh

    BalasPadam
  8. adooii..memalukan btl tp meb nie kesilapan teknikal jer kot.

    Alhamdulillah, xde yg cedera.

    peace no war... ;)

    BalasPadam